Saturday, June 23, 2012

8 sebab ESP perlu untuk ibu

Seorang ibu kan ada banyak tanggungjawab. Selain uruskan keluarga dan kerjaya, ibu-ibu selalu sangat abaikan diri sebab berkorban untuk fokus kepada yang lain. 

Komitmen begini selalunya sangat menjejaskan pengambilan makanan ibu-ibu ni, sebab kita kerap ambik makanan yang tak berapa seimbang atau tak makan sebarang makanan langsung. Kadang-kadang kita jenis yang 'tak apalah makan apa pun, asalkan isi perut'. Lama-lama nutrisi dalam badan makin drop, mula lah penat letih, stress dan sebagainya.


yang sebenarnya, amat penting bagi seorang ibu untuk ambik minuman protein soya ni sebab ia dapat memberikan mereka tenaga untuk menjalani rutin seharian.

Jom kita berkenalan lebih lanjut mengenai bagaimana protein soya dapat membantu golongan ibu.

ESP Memberikan tenaga Berterusan, Berasaskan Protein Tumbuhan Yang Berkualiti Tinggi


  • Membekalkan 14g protein berasaskan tumbuhan. 
  • Mempunyai skor PDCAAS (Protein Digestibility Corrected Amino Acid Score) 1.0 – nilai tertinggi protein keterhadaman dan protein yang paling berkualiti. 
  • Mengandungi 9 asid amino. 
  • Tinggi dengan kalsium. 
  • Tanpa kolesterol 
  • Protein soya membantu menurunkan paras kolesterol

best kan tengok dia punya kelebihan esp ni kan? 

Protein Soya – Nyalakan semangat hidup anda!]
Protein soya mengandungi kesemua asid amino penting untuk menyokong sistem imunisasi yang sihat bagi mengekalkan kualiti kehidupan. 


Membekalkan Anda Tenaga Yang Berterusan Sepanjang Hari
Tenaga yang berterusan bermakna stamina yang lebih baik sepanjang hari! 
Protein soya mengandungi indeks glisemik (GI) yang rendah membantu menstabilkan paras gula darah serta membuatkan anda berasa kenyang lebih lama. 
Dengan nutrien ini dalam pemakanan harian, anda dapat mengatasi keletihan dan kekal cergas sepanjang hari!


Menggalakkan Paras Kolesterol Yang Sihat
Peredaran darah yang lancar adalah amat penting untuk memastikan jantung anda terus mengepam dengan kuat. Sekarang ni, risiko menghidapi masalah jantung turut meningkat seiring dengan usia kita. 

Tahukah anda bahawa 25g protein soya setiap hari mampu mengurangkan kolestrol darah? Mulakan dengan menambahkannya dalam pemakanan anda agar ia membantu meningkatkan paras lipoprotein berketumpatan tinggi, HDL (kolesterol baik), sementara menurunkan paras lipoprotein berketumpatan rendah, LDL (kolesterol tidak baik). Ia juga dapat membantu mengurangkan paras trigliserida (lemak dalam darah) (1) 


Meningkatkan Seri Kulit 
Untuk kulit yang berseri, berikan kulit anda protein yang berkualiti tinggi lengkap dengan kesemua amino asid perlu. Protein soya mengandungi isoflavon yang mempunyai aktiviti estrogenik yang membantu merangsang kulit untuk kelihatan lebih muda (2) . 

Kajian turut menunjukkan bahawa pengambilan isoflavon soya membantu meningkatkan keanjalan kulit (3). 


Menguatkan Rambut dan Kuku
Keguguran rambut dan kuku yang rapuh sering dikaitkan dengan pemakanan yang tidak berkhasiat serta kekurang nutrien, terutamannya protein. Kekurangan asid amino perlu, menyebabkan badan tidak dapat menghasilkan keratin yang mencukupi. Akibatnya, rambut dan kuku kelihatan nipis dan rapuh (4)


Melegakan Ketidakselesaan Perut 
Komitmen dan jadual harian yang padat menyebabkan pengambilan makanan diabaikan dimana ia boleh mendatangkan masalah ketidakhadaman, pedih hati, perut kembung atau gastritis, sekiranya dibiarkan berlarutan. 

Protein soya yang mudah disediakan dan berkhasiat memberikan si ibu hidangan yang cepat pada bila-bila masa, di mana jua. Kajian juga menunjukkan bahawa protein soya dapat mengurangkan penghasilan asid gastrik berlebihan dan memastikan perut anda sihat (5)


Menyokong Kehamilan Yang Sihat 
Kesihatan sepanjang tempoh kehamilan adalah amat penting untuk perkembangan bayi serta ibu mengandung. Dalam tempoh ini, ibu mengandung haruslah mengambil protein yang mencukupi bagi memenuhi keperluan janin yang sedang membesar. Dan protein itu perlu dipilih dari sumber tumbuhan untuk mengelakkan kolestrol dan menjaga kesihatan jantung ibu hamil. Kita kan selalu mengah waktu hamil. JAdi, kurangkan pengambilan protein sumber haiwan.

Pengambilan protein secara konsisten dalam tempoh kehamilan dapat membantu meningkatkan berat dan ketinggian bayi baru lahir, dan mengurangkan peratusan kelahiran bayi yang tidak cukup berat (6)

Menggalakan Penghasilan Susu Ibu 
Susu ibu merupakan nutrisi yang terbaik bagi tumbesaran dan perkembangan bayi. Ia juga kaya dengan antibodi yang merupakan sumber imunisasi pertama dalam saluran usus untuk bayi yang baru lahir (7). 

Walaubagaimanapun, ibu yang sibuk sering mengabaikan pemakanan mereka semasa tempoh penyusuan. Dengan protein soya yang berkualiti tinggi, ia membantu memenuhi keperluan protein dalam pemakanan seseorang ibu yang menyusu serta membantunya menjalani tempoh penyusuan yang lebih lancar


Saya sentiasa bergerak aktif, membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga. Saya minum protein soya untuk kekal aktif dan sihat. 
• Kulit yang lebih licin dan berseri.
• Kehamilan sihat dan penyusuan susu ibu yang lancar.


Next saya akan share 5 tips untuk bantu pemilihan minuman protein yang betul.  Jom klik sini.


Rujukan kajian yang boleh dirujuk jika mahu. 
(1)  Anderson, J.W., Johnstone, B.M. and Cook-Newell, M.E., 1995. Meta-analysis of the effects of soy protein intake on serum lipids. New England Journal of Medicine, 333(5), pp.276-282. 

(2) Accorsi-Neto A, Haidar M, Simoes R, Simoes M, Soares-Jr J, Baracat E. Effects of isoflavones on the skin of postmenopausal women: a pilot study. Clinics (Sao Paulo). 2009, 64, 505-10 

(3). Izumi T, Makoto S, Obata A, Masayuki A, Yamaguchi H, Matsuyama A. Oral intake of soy isoflavone aglycone improves the aged skin of adult women. J Nutr Sci Vitaminol. 2007, 53, 57-62

(4) WebMD. How Diet Affects Your Hair. Available at http://www.webmd.com/beauty/hair-health-11/eat-hair-type?page=1. Last accessed May 9, 2014

(5) Alada A.R.A, Ajayi F.F, *Alaka O.O and Akande O.O, Gastric Acid Secretion and Experimental Ulceration in rats fed Soybean Diet Preparations , African Journal of Biomedical Research, Vol. 8 (2005); 203 - 205

(6) Selma C.L , Gurmeet S , and Kim M, Effects of protein energy supplementation during pregnancy on fetal growth: a review of the literature focusing on contextual factors. Food Nutr Res. 2013; 57: 10.3402/fnr.v57i0.20499

(7) Martin C.R,Pei-Ra Ling P.R,and George L. Blackburn G.L. Review of Infant Feeding: Key Features of Breast Milk and Infant Formula, Nutrients. 2016 May;

No comments:

Post a Comment