Friday, September 28, 2012

GLA SHAKLEE



Shaklee ada menjual EPO tetapi fungsinya lebih menyeluruh dari EPO...ia dipanggil GLA Complex (Gamma-Linolenic Acid)

Apa itu GLA?

GLA atau nama saintifiknya dikenali sebagai Gama Linoleik Acid (GLA). Ia merupakan bahan binaan bagi prostaglandin. Apa pula prostaglandin? Prostaglandin merupakan bahan hormon dalam badan. Ianya penting untuk fungsi kimia badan seperti mengawal tekanan darah, mengawal muscle contraction, menghalang rembesan gastrik dan banyak lagi. Ia juga adalah anti keradangan, anti pembekuan darah disamping mengurangkan tekanan darah

FAEDAH

  • Membantu mengurangkan keradangan yang biasa dalam sindrom pra-haid(PMS), arthritis rhematoid dan ECZEMA
  • Membantu mengurangkan sakit dan kebas yang berkaitan dengan masalah kencing manis.
  • membantu mengawal kencing manis (jenis 2) dengan membaiki kadar insulin & kolesterol
  • membantu dalam menyingkirkan lebihan berat badan terutama bagi yang ingin mengurangkan berat badan.


SIAPA YANG MEMERLUKAN GLA?
GLA diperlukan bagi golongan

  1. wanita yang menghidap Pre Menstrual Syndrom atau PMS. 
  2. pengidap arthritis rheumatoid dan eczema 
  3. mereka yang menghadapi masalah kencing manis 
  4. mereka yang bimbang dengan lebihan berat badan

apa itu NUTRIFERON


>>> Apa itu Nutriferon?



NutriFeron terbukti secara klinikal terdiri daripada gabungan ekstrak tumbuhan yang mengukuhkan sistem imun. NutriFeron menstimulasikan setiap sel di dalam badan kita untuk menghasilkan interferon aslinya sendiri.

interferon = Interferon ditemui oleh Dr. Yosuhiko Kojima pada tahun 1954, iaitu bahan semulajadi yang dihasilkan oleh setiap sel badan. Ianya diaktifkan setiap kali sel dijangkiti oleh mikrob, virus, sel kanser dan lain-lain.

>>> Siapa yg perlukan Nutriferon

1. Sesiapa sahaja yang berumur melebihi 12 tahun yang gaya hidupnya amat sibuk, tekanan gaya hidup menyebabkan system imun individu ini seringkali mengalami serangan yang berterusan
2. Individu yang ingin proaktif di dalam mengoptimumkan respons imun mereka terhadap iritasi alam sekitar dan juga pencemaran udara
3. Individu yang ingin mengekalkan prestasi sistem imun mereka di tahap yang maksimum
4. Individu yang berumur, yang sedemikian terdedah kepada kekurangan imuniti
5. Individu yang diet mereka tidak optimum
6. Individu yang sering tertekan/hidup dalam tekanan
7. Individu yang gaya hidupnya tidak/kurang aktif

>>> Kenapa perlu Nutriferon?

Untuk kegunaan harian, NutriFeron meningkatkan pengeluaran interferon semulajadi badan iaitu suatu pengaktif kritikal sistem imun.

>>>Bagaimana Nutriferon berfungsi?

NutriFeron berfungsi di dalam peringkat selular sel dalam dua cara iaitu
- Mengaktifkan sistem pertahanan imun dengan aktif/cepat
- Menggerakkan "pasukan cari dan musnah' dalam sistem imuniti badan.

Interferon membantu melindungi kita daripada pendedahan harian terhadap beribu penceroboh asing yang boleh membawa kepada penyakit serius dan penyakit.

Oleh itu, amat perlu bagi kita untuk menolong badan kita membantu diri kita sendiri dan itulah tujuan Nutriferon; untuk merangsang setiap sel badan untuk menghasilkan lebih banyak interferon asli untuk menyediakan badan kita perlindungan dengan tahap yang lebih tinggi dalam skop yang luas terhadap serangan selsema, virus dsb.

>>> Kenapa Nutriferon Shaklee?

1. Meningkatkan tahap interferon secara semulajadi – saintis telah mengenalpasti interferon sebagai satu faktor penting penyumbang kepada fungsi imun yang sihat. Nutriferon adalah satu-satunya supplemen tambahan di US yang dihasilkan oleh immunologist yang menjumpai interferon yang meningkatkan pengeluaran interferon di dalam badan secara semulajadi.

2. Dihasilkan oleh individu yang menjumpai Interferon - Dr. Yasuhiko Kojima, imunologi dunia yang terkenal yang telah menemui interferon pada tahun 1954, telah melakukan penyelidikan berdedikasi selama empat puluh tahun untuk mencari sebatian semulajadi yang akan memberi rangsangan kepada pengeluaran interferon. Nutriferon daripada Shaklee adalah satu-satunya supplemen perlindungan di US.

3. Penyelidikan selama 40 tahun – selepas 40 tahun melakukan ujian yang teliti dan melibatkan percubaan bertan-tan kandungan sebatian semulajadi dan herba, Dr. Kojima membangunkan campuran unik empat elemen berkuasa sayur-sayuran yang meningkatkan pengeluaran semulajadi interferon badan.

4. Campuran interferon yang dipatenkan – elemen tumbuh-tumbuhan penggalak. NutriFeron mempunyai MACH, 1 campuran interferon drpd ekstrak tumbuhan yg telah dipatenkan formula ekslusif yang mengandungi ekstrak labu, ekstrak safflower, ekstrak benih Asian Plantain dan ekstrak bunga Japanese Honeysuckl.
5. disokong oleh 4 kajian klinikal ke atas manusia- 4 kajian klinikal yang dikeluarkan mengesahkan kesihatan luarbiasa dan sokongan imunisasi hasil manfaat daripada campuran ekstrak proprietari yang ditemui di NutriFeron.

6. Formula eksklusif dilindungi oleh tiga paten - Nutriferon disokong oleh tiga paten dan hanya boleh didapati melalui Shakee dan Independent Distributor Shaklee sahaja. Formula yang unik dan berpaten ini hanya eksklusif di Shaklee.

7. Dibuat menepati piawaian kualiti yang terbaik – supplemen tambahan yang berkesan, NutriFeron telah melalui ujian sistematik yang ketat untuk keselamatan, kesucian, potensi, dan prestasinya.

___________Credit : Umi Nazrah

apa itu PENYEMBUHAN DALAMAN/HEALING CRISIS



Anda rasa semakin teruk setelah mengambil produk Shaklee kami?

Q: Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan? 

A:Ia merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul didalam badan sepanjang hidup. Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau sintom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.


Q:Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan? 

A:Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan. Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin. Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.

Q:Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik? 

A:Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang sintom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar. Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku.

Q:Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan sintom yang sama semasa krisis penyembuhan? 

A:Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan merasai selepas satu atau dua bulan. Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.

Q:Secara umumnya, berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini?

A:Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya.


Q:Ramai orang bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya masih mengambil makanan tambahan, saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan, Mengapa?

A: Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan,anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (cth. Tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, dll.) sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti:

1.    Tidak mengamalkannya setiap hari
2.    Tidak mengikut dos yang telah di cadangkan
3.    Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya
4.    Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
5.    Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
6.    Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan
7.    Mengalami masalah emosi

Tanda-tanda & Penyebab Krisis Pemulihan
Memahami Krisis Penyembuhan dan Petanda serta Simptom:


Krisis Penyembuhan
Penerangan / Penyebab

Sakit kepala yang melampau Tekanan darah tinggi
, petanda menyahtoksin

Demam, tidak cukup rehat
Meningkatkan metabolisma, merangsang fungsi
imunisasi badan

Cirit-birit, meningkatkan pergerakan
usus, najis berbau, air kencing berbau
Petanda bagi menyahtoksin, menghimpunkan bahan buangan dan sisa-sisa dalam usus besar

Kembung perut
Sistem penghadaman yang lemah

Ruam, kulit gatal, kelemumur, keluar lendir
Fungsi hati yang lemah, usus besar yang tidak sihat dan sistem pembersihan

Penghasilan lendir seperti selsema,
kahak
Fungsi paru-paru yang lemah, keluar kahak juga adalah petanda bagi menyahtoksin

Pendarahan Hidung
petanda bagi kekurangan darah
Rasa sakit pada otot dan sendi
Badan berasid, toksin terkumpul dibahagian yang sakit

Peningkatan rasa sakit di sebahagian tempat
Mempercepatkan krisis penyembuhan
badan yang bermasalah

Tidur yang bermasalah atau terlalu aktif
Sistem saraf yang lemah

Kitaran haid yang tidak menentu
Hormon yang tidak seimbang / penyakit buasir
perubahan waktu kitaran haid, kegatalan
pada alat sulit, penghasilan lendiran yang
banyak

Lapar, Pening
Tekanan darah rendah, anaemia

Loya, sembelit, tersedu
Sistem hadaman yang lemah, masalah hati

Edema (membengkak)
Masalah buah pinggang



Rujukan: Dr. Mary Ruth Swope, Columbia Unversity

Thursday, September 27, 2012

testimonial athma anak makin baik





cadangan buat pesakit glaucoma

antara produk shaklee yg sesuai utk membantu pesakit glaucoma:

1. vivix
2. vitamin e
3. caratomac (vitamin a)
4. vitamin c
5. collagen powder
6. bcomplex
7. energy soy protein
8. garlic
9. lecithin

namun, tidak semua diperlukan. sekadar beberapa yang uta

pesakit glaucoma makin baik dengan vivix







power spec makin kurang dengan caratomax


nutrisi caratomax


Dalam CarotoMax mengandungi karotenoid menyamai dengan:
Beta Karotena Sama dengan 102  bahagian   Pisang
Lycopena sama dengan 714 bahagian Aprikot
Lutein dan Zeaxanthin sama dengan 285  bahagian  pink grapefruit
Alpha karoten sama dengan 89 bahagian  Raspberi
Alpha karoten sama dengan 89  bahagian  Raspberi


testimonial caratomax


vitamin a (caratomax)


CarotoMax
Terdiri daripada Enam Karotenoid Terbaik
CAROTOMAX merupakan campuran luarbiasa yang menggabungkan alfa-karotena, astaxanthin, beta-karotena, lutein, likopena dan zeaxanthin yang memberikan faedah karotenoid yang lengkap.  Bahkan, anda tidak akan dapat ketulenan dan keberkesanan karotenoid daripada makanan itu sahaja.
CAROTOMAX menawarkan karotenoid semulajadi yang berasal daripada buah-buahan pokok kelapa sawit dan alga dunaliellasalina untuk:
•    Memelihara kesihatan yang baik. *
•    Membantu mengekalkan tumbesaran, penglihatan dan
pertumbuhan tisu. *
•    Membantu dalam memelihara kesihatan kulit dan selaput
lendir. *
Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.sumber : Shaklee Malaysia



Apakah kebaikan Vitamin A atau CarotoMax ni?
  • memperbaiki kesihatan retina mata dan dapat mengurangkan masalah rabun
  • Kesihatan tulang
  • kesihatan tisu kulit – menjadikan kulit lebih licin
  • pembentukan sel darah putih dan sel darah merah
  • pembentukan membran mukus
  • mengekalkan sistem imunisasi badan yang sihat
  • sebagai anti-oksida yang baik


note:
Shaklee CarotoMax berbentuk pre-kursor, iaitu ia hanya akan diaktifkan apabila perlu sahaja.
Vitamin A tidak boleh diambil oleh ibu mengandung terutama semasa trimester 1 kehamilan. ia boleh menyebabkan risiko kecacatan pada bayi dalam kandungan termasuk kecacatan jantung dan sistem saraf.



Apa itu Glaukoma ??

PENGLIHATAN dan kesihatan mata! Bagi kebanyakan daripada kita, kesihatan mata sering kali diambil remeh sedangkan menjadi buta diperakui ramai sesuatu yang lebih menggerunkan daripada mati muda.Sempena Hari Glaukoma Sedunia pada 12 Mac ini, maklumat penyakit mata ini akan cuba diketengahkan untuk meningkatkan pemahaman tentang risiko dan juga pencegahannya.
Mungkin ramai yang tidak tahu apa itu glaukoma, tetapi secara ringkasnya ia boleh menyebabkan seseorang menjadi buta tanpa sebarang tanda awal.
Ini bermakna mereka yang menghidap glaukoma boleh menjadi buta tanpa disedari, dan mungkin hilang segala keupayaan melihat wajah-wajah orang tersayang.
Mengenali glaukoma
Semua penyakit sistemik akan memberi kesan kepada mata, termasuklah kanser yang mudah merebak ke mata memandangkan kelajuan aliran darah yang tinggi di dalam mata.
Glaukoma melibatkan sekumpulan penyakit atau masalah mata yang menyebabkan kerosakan khusus kepada saraf optik dan seterusnya menjejaskan penglihatan.
Saraf optik umpama jambatan yang menyampaikan maklumat dari mata ke otak untuk diproses sebagai imej penglihatan.
Pengerusi Persatuan Oftalmologi, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Profesor Dr. Muhaya Mohamad menegaskan, oleh kerana saraf tidak dapat tumbuh kembali, sebarang kerosakan saraf optik juga kekal dan tidak dapat dipulihkan.
"Hampir tiada langsung simptom awal untuk glaukoma yang menyebabkan kerosakan kekal kepada saraf optik.
"Penglihatan yang terjejas tidak dapat dipulihkan lagi tetapi kemerosotan penglihatan dapat diperlahankan jika dikesan awal," jelasnya.
Menurut beliau, glaukoma mungkin melibatkan masalah peningkatan tekanan dalam mata, seperti mana kesan tekanan darah tinggi kepada salur darah, jantung dan buah pinggang.
Tambahnya, glaukoma berlaku secara senyap, perlahan dan berperingkat sedangkan kesannya adalah kekal dan tidak boleh dipulihkan kembali.
Walaupun kurang berkaitan dengan pemakanan, penyakit ini tetap berkait rapat dengan faktor persekitaran seperti kesan kepada radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan sel.
Walaupun belum dibuktikan sepenuhnya kaitan radikal bebas terhadap badan, sebarang bentuk tekanan tambahan kepada badan boleh membawa kepada masalah kesihatan yang kronik.
Glaukoma akan mula menjejaskan penglihatan periferal (sisi) pesakit, menyebabkan hanya sudut pandangan terowong (hadapan) sahaja yang jelas.
Faktor risiko yang dikaitkan dengan penyakit ini termasuk peningkatan usia, tekanan tinggi dalam mata (IOP), sejarah keluarga dengan glaukoma, berketurunan Afrika atau Cina, dan miopia (rabun jauh).
Kesedaran umum dan pencegahan melalui pengesanan awal amat penting memandangkan glaukoma hanya boleh dikesan melalui pemeriksaan rapi mata.
Jika dikesan awal, tambahan kerosakan saraf optik dapat dicegah atau dilengahkan, mengekalkan tahap penglihatan yang tinggal dan seterusnya mengelakkan daripada menjadi menjadi buta.
Dr. Muhaya menyatakan, dari pengalaman beliau, lebih banyak pesakit Cina dan Melayu yang dirawat untuk masalah glaukoma di negara ini.
"Mata yang kecil meningkatkan risiko glaukoma. Glaukoma dan retinopati diabetik pula merupakan dua punca kebutaan utama yang boleh dicegah.
"Retinopati diabetik boleh dirawat tetapi tahap penglihatan asal tidak dapat dipulihkan. Glaukoma bagaimanapun tidak dapat dipulihkan lagi jika pesakit sudah buta," tegasnya.
Beliau menjelaskan, seperti penyakit kronik lain, mereka yang dikesan menghidap glaukoma juga perlu menjalani rawatan seumur hidup.
Mengesan dan mencegah
Dr. Muhaya menegaskan mungkin terdapat ramai individu yang tidak menyedari mereka menghidap glaukoma kerana penyakit ini hampir tiada simptom awal yang jelas.
"Kerosakan saraf optik akan berterusan, sehingga menjadi buta jika glaukoma tidak dikesan dan dirawat segera.
"Oleh itu, adalah amat penting untuk orang ramai memahami faktor risiko penyakit ini supaya ia dapat dikesan pada peringkat awal," katanya.
Beliau menekankan pengesanan dan rawatan awal juga dapat meningkatkan kebarangkalian mengekalkan deria penglihatan sehingga penghujung hayat, sekurang-kurang supaya sempat melihat anak dan cucu.
Dari segi rawatan, glaukoma kini dirawat menggunakan titisan mata ataupun pembedahan jika titisan mata gagal mengurangkan tekanan dalam mata.
Bagaimanapun, sasaran rawatan glaukoma adalah mengurang atau melengahkan kerosakan saraf optik, mengekalkan medan penglihatan pesakit dan seterusnya membolehkan pesakit menjalani aktiviti harian seperti biasa.
Tinjauan serantau
Tinjauan All Eyes On Glaucoma Pfizer dijalankan baru-baru ini untuk individu melebihi umur 40 tahun di Malaysia, China, Taiwan, Hong Kong, India, Filipina, Korea, Singapura dan Thailand. Tinjauan serupa juga pernah dijalankan di Amerika Syarikat dan Eropah sebelum ini.
Selain untuk memahami tahap kesedaran, pemahaman dan pandangan mengenai kesihatan mata di kalangan penduduk Asia berumur 40 hingga 70 tahun, tinjauan ini juga diadakan bagi meningkatkan kesedaran tentang glaukoma dan keperluan golongan terbabit mengambil langkah pencegahan untuk menjaga kesihatan mata.
Secara puratanya, tidak sampai separuh penduduk rantau ini yang tahu mengenai glaukoma dengan purata 57 peratus tidak mengetahui apa itu glaukoma atau salah faham ianya sesuatu yang tidak melibatkan mata.
Penasihat Perubatan Kanan Pfizer Malaysia, Singapura dan Brunei, Dr. Vicknesh Wellupillai yang membentangkan hasil tinjauan tersebut memaklumkan bahawa catatan menunjukkan tahap kesedaran glaukoma di Malaysia adalah yang paling rendah.
"Hanya 21 peratus rakyat negara ini mengetahui apa itu glaukoma, berbanding 66 peratus di Korea (tertinggi di Asia).
"Sembilan peratus lagi warga Malaysia salah faham glaukoma melibatkan masalah pendengaran, tekanan darah tinggi atau pendarahan dalaman, sementara 70 peratus langsung tidak tahu mengenai penyakit tersebut," katanya.
Ini menunjukkan hanya seorang dari setiap lima rakyat Malaysia pernah dengar dan betul-betul tahu bahawa glaukoma boleh menyebabkan kebutaan.
Bagaimanapun, peratusan serantau menunjukkan masih banyak boleh dilakukan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan penduduk di rantau Asia, terutamanya di Taiwan, Singapura, India dan Malaysia yang mencatatkan tahap kesedaran glaukoma paling rendah.
Dr. Vicknesh menjelaskan tinjauan itu turut menunjukkan 45 peratus responden dari Malaysia mempunyai risiko lebih tinggi menghidap glaukoma (rabun jauh, kecederaan atau masalah mata, tekanan darah tinggi) sedangkan 68 peratus daripada jumlah tersebut tidak mengetahui apa-apa mengenai glaukoma.
"Dua pertiga (67 peratus) rakyat Malaysia juga didapati lebih takut menjadi buta daripada mati muda.
"Ini dikaitkan mereka dengan kesukaran bekerja (68 peratus), memandu (48 peratus) atau keluar dari rumah (44 peratus) jika menjadi buta," jelasnya.
Doktor mata
Selain tahap kesedaran glaukoma yang rendah di rantau ini, tinjauan berkenaan turut menunjukkan rakyat Malaysia dan Singapura merupakan yang paling sukar bertemu doktor mata.
Dr. Vicknesh mendedahkan 87 peratus rakyat Malaysia tidak bertemu doktor mata sejak setahun lalu dan hanya 26 peratus yang pernah menjalani pemeriksaan tahap tekanan dalam mata (IOP).
"Tahap kesedaran glaukoma jelas rendah dengan hanya 39 peratus rakyat negara ini menjalani pemeriksaan mata yang kerap sementara sebahagian besar memikirkan ia bukan sesuatu yang perlu.
"Sebahagian besar golongan berumur lebih 40 tahun ini juga sedar tentang kepentingan memeriksa tekanan darah tetapi tidak untuk IOP," ujarnya.
Di samping itu, hanya 42 peratus daripada golongan yang berisiko menghidap glaukoma telah menjalani pemeriksaan IOP berbanding 85 peratus telah menjalani pemeriksaan tekanan darah.
Dr. Vicknesh menambah, tahap kesedaran di kalangan doktor keluarga juga perlu ditingkatkan kerana mereka didapati kurang merujuk kes pesakit kepada doktor mata. Cuma 33 peratus responden Malaysia pernah dirujuk doktor keluarga kepada doktor mata.
Lebih banyak pendedahan dan pendidikan tentang glaukoma, terutamanya di kalangan melebihi umur 40 tahun, perlu dijalankan supaya tahap kesihatan mata dan deria penglihatan penduduk Malaysia dan rantau Asia tidak terjejas.
Kerjasama semua pihak berwajib, berkelayakan dan berkemampuan amat perlu dalam menggalakkan pencegahan glaukoma melalui pemeriksaan rapi dan IOP mata, termasuklah di kalangan doktor keluarga bagi memastikan rujukan pesakit kepada pakar bersesuaian.
Namun, penekanan kepada kesedaran glaukoma turut mementingkan kesihatan umum mata dan deria penglihatan.
Orang ramai perlu mementingkan kesihatan mata setaraf dengan masalah kesihatan lain seperti diabetes, masalah kardiovaskular, sendi, sistem peranakan mahupun sistem penghadaman.
Penglihatan sebagai satu daripada lima deria utama memberi kesan besar kepada kehidupan harian.
Fikirkan sendiri sejauh mana anda dapat menyesuaikan diri menjalani kehidupan tanpa salah satu deria utama ini.
Janganlah disia-siakan anugerah penglihatan yang tidak dinikmati sesetengah warga Malaysia lain, sedangkan penyakit seperti glaukoma dapat dibendung dan dikawal jika dikesan dari peringkat awal.
Bersama kita memastikan glaukoma dan mana-mana penyakit mata tidak lagi meragut penglihatan warga Malaysia, sebelum tiba hujung hayatnya.

http://myduit4u.blogspot.com/2009/03/apa-itu-glaukoma.html

Karotenoid : Antioxidan hebat!


Pengendalian makanan amat penting untuk mendapatkan antioksidan yang optimum tambah-tambah pula makanan terutama sayuran kita banyak tercemar oleh pestisid. Kesian kita kan? :P

Jika kita mengambil supplement untuk membekalkan ontiksidan, pastikan ianya semulajadi & untuk Vitamin A & E, sebaiknya supplement tersebut adalah dalam bentuk pro-vitamin A & pro-vitamin E. KENAPA?

 Jika kita mengambil supplemen Vitamin A & E, kita mempunyai risiko untuk mendapat kelebihan Vit E & A, Kedua-dua vitamin ini larut lemak, jadi ianya akan tersimpan di dalam simpanan lemak kita dan menyebabkan ketoksikan Vitamin E & Vitamin A.

TAPI,

Bagi yang mengamalkan Vitamin E & A Shaklee, anda boleh tersenyum kerana kedua-duanya adalah dalam bentuk pro vitamin yang hanya akan ditukarkan ke bentuk vitamin apabila tubuh kita perlukan, Jadi, senyum :)) 


Untuk Vitamin C? ada pro vitamin c? Hehe, vitamin C tidak begitu mendatangkan masalah kerana ianya larut air. Jika lebih, kita akan kumuhkan saja melalui urine. Tetapi, lebih elok jika kita boleh mencari Vitamin C yang ada fasa pelepasan (Sustained release). yang mana ianya dilepaskan sedikit demi sedikit. Contohnya, jika kita mengambil 500mg Vitamin C biasa, lebihnya hanya akan dibuang. sayang kan? Tetapi jika Sustained release, amaunnya akan dilepaskan sedikit demi sedikit (bukan serentak), lebih praktikal :)
Baik, kembali kepada antioksidan, Salah satu kumpulan antioksidan ialah karotenoid. Ini karatenoid yang Shaklee tawarkan

CAROTOMAX merupakan campuran luarbiasa yang menggabungkan 
# alfa-karotena
# astaxanthin
# beta-karotena
# lutein
# likopena
# zeaxanthin 

yang memberikan faedah karotenoid yang lengkap. Bahkan, anda tidak akan dapat ketulenan dan keberkesanan karotenoid daripada makanan itu sahaja. CAROTOMAX menawarkan karotenoid semulajadi yang berasal daripada buah-buahan pokok kelapa sawit dan alga dunaliellasalina. 

Kenapa Shaklee mengekstrak dari kelapa sawit? bukan dari carrot yang memang popular dengan Vitamin A? Seperti yang dinyatakan di atas, Vitamin A adalah vitamin larut lemak. Jadi Vitamin A yang berasal dari sumber lemak dan minyak didapati lebih biovalable berbanding yang dari bukan sumber lemak & minyak. Jadi, lepas ni, kalau nak dapat Karotin dari carrot, kita buat carrot susu kot. hehe =) 

Bioavailable tu apa? Owh.. bioavailable tu ketersediaan biologi. maksudnya yang lebih mudah diserap. Jika kita perasan, Vitamin E selalu didatangkan dengan kapsul minyak. Sebab apa? sebab Vitamin E larut lemak. Jadi, jika didatangkan bersama kapsul minyak, ia akan meningkatkan keberkesanan penyerapan  :))

Kenapa Carotenid penting?
  • Melindungi sel dari radikal bebas
  • Memberikan sumber Vitamin A
  • Meningkatkan sistem imunisasi
  • Membantu sistem pembiakan berfungsi dengan baik :  beta-karotina ditemui pada kepekatan yang tinggi di korpus luteum iaitu struktur di ovari yang sangat penting untuk pembiakan wanita
Jadi, siapa yang perlukan Carotamax? 

Karotenoid dipercayai boleh membantu mencegah atau merawat kondisi kesihatan berikut 
(sumber : WHFood):
  • AIDS
  • Penuaan
  • Angina pectoris
  • Asthma
  • Katarak
  • Kanser servik
  • Sakit jantung
  • Kanser larink (peti suara)
  • Kanser paru-paru
  • Ketidak suburan lelaki & wanita
  • Osteoarthritis
  • Photosensitivity
  • Pneumonia
  • Kanser prostat
  • Rheumatoid arthritis
  • Kanser kulit
  • Vaginal candidiasis
Jadi, pastikan pengambilan Vitamin A kita mencukupi bagi mencegah gejala-gejala di atas.

caratomax BAIK UNTUK MATA




Caratomax yang dirumus khas oleh Shaklee merupakan gabungan enam karotenoid terbaik iaitu alfa-karotena, astaxanthin, beta-karotena, lutein, likopena, zeaxanthin yang melengkapkan faedah karetenoid untuk keperluan manusia.

Caratomax yang sangat istimewa ini diekstrak dari buah-buahan dan sayur-sayuran yang turut berperanan sebagai antioksidan iaitu rumpai laut, Tomato bukan GMO, Biji anggur, Pot /marigold, Epal, Strawberi, Minyak Sawit, Fava D'anta, Brokoli, Cantaloupe, dan Carrot. Caratomax membekalkan lebih 13mg (21,500IU) karatenoid penting untuk keperluan tubuh terutama mata. 

Istimewanya, buah-buahan dan sayuran yang digunakan ditanam secara organik dari pemilihan biji benih hingga penuaian dan pemprosesan yang amat dijaga untuk memastikan khasiat buah-buahan dan sayuran tidak terjejas dan kekal semulajadi (tidak ditambah perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan)

MANFAAT CARATOMAX SHAKLEE

>  Lebih Selamat Dari Vitamin A
    Vitamin A ditemui pada tahun 1912 dan merupakan vitamin terawal yang ditemui oleh  
    saintis. Namun begitu, sekiranya diambil secara berlebihan akan menjadi toksik kepada 
    tubuh. Kemudian, hasil penyelidikan saintis mendapati pengambilan  beta-karotena 
    yang merupakan alternatif penggantian vitamin A didapati lebih selamat kepada 
    kesihatan manusia

>  Mempertingkatkan Penglihatan
    Menghasilkan 'visual ungu' yang mengekalkan tahap penglihatan yang bagus 
    dalam persekitaran yang gelap. Carotamax membantu menyelesaikan masalah 
    penglihatan seperti nyctalopia (rabun malam), rabun dekat, presbyopic, astigmatism,
    xerophthalmia (mata kering), kelesuan mata, glaucoma, katarak(selaput mata)
    eye bags dan gegelung hitam di bawah mata.
    
>  Meredakan Penyakit Kulit
    Pengambilan yang konsisten dapat melegakan masalah kulit seperti psoriasis, senile 
    plaque (nyanyuk), kulit kering, kulit gugur dan jerawat. Penggunaan Carotomax 
    pada bahagian luaran boleh merawat pustule (jerawat biasa), scabies(kegatalan 
    pada kulit), dan ulser kulit.

>  Melindungi Epithelial
    Memelihara lapisan luar kornea, rongga oral, usus perut, paru-paru, bronkitis, 
    pundi kencing, ovari semasa disintegrasi tisu, merawat ulser saluran usus.

>  Melawan Kanser dan Oksidasi
   Pengambilan secara konsisten dapat mengukuhkan sistem imun tubuh, melambatkan
   proses penuaan dan menyekat aktiviti penyebab kanser dan menghalang sel-sel 
   kanser. Carotmax juga dapat mengurangkan risiko kanser terutamanya kanser 
   paru-paru dan payudara. Carotomax juga dapat mengurangkan radikal bebas 
   dan menyingkirkan sel-sel mati yang teroksida dari tubuh.

>  Menghalang Infeksi
   Meransang enzim membunuh kuman, menyekat dan mempertingkatkan kondisi 
   penyakit sistem respiratori paru-paru: batuk, hepatitis, asthma dan selesema.

>  Menggalakkan Perkembagan Tumbesaran Yang Normal dan Sihat
   Meransang perkembangan kanak-kanak/remaja, menguatkan tulang, melindungi 
   rambut, kulit, membran mukosa, gigi dan gusi serta sistem reproduksi yang sihat. 
   Caratomax juga membantu dalam penghasilan sperma yang sihat.



KELEBIHAN CARATOMAX - SUMBER KAROTENA YANG LENGKAP

Mengandungi fitokimia karotena semulajadi yang lengkap untuk keperluan mata, kulit, membran mukosa yang sihat dan untuk lain-lain keperluan tubuh.

**Alpha-Carotene  -  Untuk penglihatan malam, kesihatan mata, menghalang degenerasi  
                            penglihatan.

**Beta-Carotene   -  Memperbaiki kulit dan mempercepatkan pemulihan luka,
                            Mempertingkatkan sistem imun, 
                            Mengurangkan risiko kanser usus, payudara dan prostat.

**Lycopene         -  Bersifat anti-oksidan, menghalang penuaan organ.
                            Untuk serviks yang sihat, kitaran jantung dan sistem imun
                            Mengurangkan penyakit kelenjar prostat.

**Astaxanthin      -  Shaklee menuai karatenoid astaxanthin dari mikroalga laut (sumber 
                           protein yang tulen). Melindungi kerosakan oksidasi kolestrol LDL.

**Lutein             -   Menyekat katarak (selaput mata), AMD (age related macular disease/ 
                           penyakit makular berkaitan umur), dan glaukoma.

**Zeaxanthin      -   Melindungi mata, Menuras cahaya gelombang biru pendek 
                           berbahaya, Mengurangkan risiko kanser payudara, ovari, endometrial 
                           dan serviks.



s
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.