Sunday, January 22, 2017

Bisnes susah?

COPY SAHAJA KEJAYAAN ITU


Setiap bisnes ada cara permainannya tersendiri. 


Jadi cara mudah untuk berjaya, tiru sahaja model kejayaan mereka yang telahpun terbukti berjaya dalam bisnes yang kita jalankan.


Ibarat tayar yang bulat itu sudah berfungsi dengan baik. Maka kita tak perlu lagi perah otak untuk fikir tayar dalam bentuk lain yang kononnya nak nampak berbeza dari tayar sedia ada. Lebih baik ambil dan pasang sahaja di kereta kita dan terus jalan! Yang penting kita dapat sampai ke destinasi yang nak dituju.


Ia menjimatkan masa!


Jadi guru terbaik dalam bisnes ialah mereka yang telahpun terbukti berjaya dalam bisnes yang kita lakukan. Kita tak perlu perah otak, sebaliknya COPY sahaja kejayaan itu.


TUNGGU MASA TERBAIK? 
Bagi yang baru nak bermula bisnes, jangan tunggu 'waktu" terbaik sebab pakar bisnes yang bertaraf dunia pun tak tahu bila waktu terbaik.
Kita hanya akan tahu waktu terbaik tu bila waktu tu dah terlepas. Selepas kita duduk dalam keterdesakan yang amat.

Cara yang betul, mulakan dulu walaupun nampak rendah sangat caranya. Lepas tu baru kita belajar untuk lebih faham keadaannya.

SENANG ATAU SUSAH?
Semua benda akan jadi senang bila ada ilmu. Semua benda jadi susah bila tak ada ilmu.
Jadi kalau nak mulakan sesuatu bisnes, jangan tanya bisnes tu senang atau susah. Apa-apa bisnes pun ada orang berjaya. Senang atau susah bukan pada bisnes itu, tetapi ilmu kita tentang bisnes itu sendiri.

Jadi kalau tak ada ilmu, ubatnya ialah pergi belajar!

Patutkah pergi kelas berbayar untuk bisnes

Assalamualaikum. Awal pagi Isnini 23/1/2017. 

Saya terjaga pagi tadi. Mula terfikir akan satu kelas yang saya baru nak mendaftar. Tengok harganya RM790. Terlepas pandang pada Early bird. Less RM100. Padan muka sebab tak tengok betul-betul. Kah3.

Saya masih terfikir-fikir lagi samada mahu join atau tidak. Berikutan bulan 2 ni time schedule nya amat padat.

Allahu. Bagi ku peluang dan ruang ini. Semoga kelas ni banyak memberikan input terbaik untuk ku sebarkan kepada downline semua. Allah Allah.


Bermula  2012 ku tak pernah bermentorkan orang lain yang kubayar. Semuanya buat sendiri dan merujuk mentor yang biasa ku temui (free).

Waktu menulis entry ni kan, sambil dengar video Sifu FB ADS dan Dr Azizan punya kelas. Menarik juga. 

Ada satu kisah dari Mamadil : Dia cerita bagaimana tips untuk buat bisnes betul betul adalah
- Jaga niat

- Jaga hati
- Jaga sikpa
- Hormat guru


Ada sharing dari Dexandra:
- Redha ibu bapa
- Buat sesuatu asbab ada tekanan

Nini Muhammad juga punya kisah sendiri yang mana tips adalah:
- Kenal pasti tekanan
- Feeling BIG WHY sampai rasa menangis
- Redha ibu ayah/mak ayah mertua
- Redha suami

Berniaga:
Lagi banyak kita usaha, lagi banyak kita dapat. Kita kena bayar untuk satu yang mudah. Saya usaha untuk ini. Moga Allah mudahkan impian ini =)

Selagi kita buat bisnes, kita hanya fokus pada orang yang dapat manfaat. Mesti ramai lagi yang tak nak. Dalam dunia ni, kita memang tak boleh nak puaskan hati semua orang. Buat sebaik kita mampu. Jangan hirau dan buat tak tahu saja pada kritikan.

Berbalik kepada tajuk,  "Patutkah pergi kelas berbayar untuk bisnes" , saya rasa patut untuk dapatkan ilmu ekslusif yang memudahkan kerja kita. 

Mana tahu kan, selepas pergi, kita dapat extra energy yang boleh kita sebarkan. Nini Muhammad tak perlu fikir panjang. U bukan glamer sangat sampai orang tak boleh ambik duit u untuk kelas. Masa belajar degree dulu, bayar juga kan. Tak kisah pun..

Keputusan:
Insha Allah, sepenuh doa saya panjatkan. Saya akan pergi kelas itu. 


Biasa kan kita dengar “fail to plan is plan to fail”.

Thursday, January 19, 2017

Manis bahaya

Diabetic nie ader 2 jenis

Type 1
Type 2

Dia bukan cam kanser ader level2 yer

Type 1 nie organ pancreas tak berfungsi memang tak boleh nak hasilkan insulin....

Type 2 nie pancreas hasilkan insulin tapi sel dalam badan tak bertindak balas atau tak cukup

Kebiasaannya ramai diabetis memang Type 2

Mainly orang malaysia ramai yang kena diabetis adalah disebabkan dari kegemukan. Sebab aper gemuk??? Sebab suka makan manis
Starbucks
Secret recipe

Makanan manis nie memang penyumbang terbesar pada kegemukan..Dah la makan banyak
Air nak manis
Exercise taknak
Tdo ja kerja
Kerja malas


Selain dari makanan manis
Makanan berkolestrol
Makanan yang ada glisemik index tinggi pon penyumbang pada diabetis

Makanan berkolestrol nie jadi salah satu penyumbang sebab lemak yang menyeliputi organ dalam badan nie akan buat organ kita tak function dengan betul

Jadinya pancreas yang sepatutnya boleh bekerja dah berat tak mampu nak bekerja

Sebab diabetis nie dia akan attack salur darah besar dan salur darah kecik...

Cth salur darah besar nie yang buat kita kena

Serangan jantung
Stroke


Salur darah kecik nie

Kita akan mengalami kegagalan buah pingang
Mata buta
Saraf takder rangsangan

Pada lelaki MATI PUCUK!!!!

Memang akan susut badan mendadak tau.
Darah terlampau pekat dan slow jalan buat pesakit diabetis cepat penat.


Saya sekarang nie umur 33 tahun dh.

Disahkan diabetis

Disahkan diabetis Tahun 2012. 2 tahun saya buat tak tahu pasal diabetis. Saya start penat...Penat macam nak mati..lembik. Tdo jer yang dapat redakan keadaan mase tue... Saya kerja kat Shah Alam bangun pagi kol 6 drive dari Port Dickson...balik kadang kol 11 malam atau 1 pagi. Ulang alik setiap hari Sambung eh...drive ulang alik tue tak nampak matahari drive malam. Mula rasa rabun. Badan cepat penat. Sampai satu masa saya dan suami dah berkahwin hampir 3 tahun kot mase tue masih tak dapat anak Bacaan gula saya mase lepas makan malam hampir 20 3 benda nie kena amik. Victoza kena cucuk perut... setiap hari. Harga tak silap 1200. Sampai saya berjumpa vivix. Masa tu berat saya 97 kot. 3 bulan konsisten ubat hospital dan vivix no skip. Darah turun jd 4.7. Test result consider as non diabetic Macamana boleh jumpa vivix? Saya tak pernah dengar pon shaklee nie. Suami paksa amik. Suami saya berkobar2 nak join shaklee. nak free membership...beli vivix trus. Dari situ saya start consume vivix Terima kasih kat suami πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

MOTIVASI: Jatuh Itu Biasa

MOTIVASI: Jatuh Itu Biasa
Bangun Dari Jatuh Itu Luar Biasa!!
-by coordinator Cik Yan (Aziyan)
----------



Sepanjang saya berbisness Shaklee, KEHIDUPAN saya berubah banyak. Dengan bonus Shaklee tu, saya boleh bantu suami dan lengkapkan kemahuan diri. Saya berasa puas. Setiap bulan wajib dapat 4 angka bonus.


Satu masa..
Anak saya Allah uji sakit.deman panas dan tarik sawan. Saya mula hilang fokus. Saya salahkan diri saya kerana banyak abaikan anak saya. Saya rasa nak stop buat Shaklee.sebab saya rasa bisnesa ni buat saya jadi sibuk.

Sebulan saya tak buat apa-apa aktiviti bisnes. Saya lupa diri. Saya sombong sebab dah tak nak bantu orang lain. Bonus saya dari 4 angka.merudum jadi 3 angka.  Beza 10 kali ganda.

Masalah bertimpa.
Tak boleh bayar duit Insurans.
Tak boleh nak bagi ibu saya duit belanja dan macam2 lagi.


Hati saya tak tenang. Anak3 bisnes Shaklee saya perlukan saya. Saya tak boleh stop. Saya kena teruskan. Bulan berikutnya saya sedar. Saya yang salah. Banyak kesalahan Saya. Saya Perbaiki kesalahan tu. Saya dah pandai bahagi masa antara keluarga dan bisness. Hidup saya lebih terurus. Bisness Shaklee aaya pun Alhamdulillah sudah berjalan macam biasa. Ramai customer2 setia repeat order.

Rupanya Bila kita JATUH baru kita rasa Aduhhh Sakitnya....kalau nsk terus beratap kejatuhan sampai bila pun kita tak boleh bangun. Cara mudah. Kita rawat kejatuhan tu. Cuba bangun semula. Tekad dan kuatkan hati untuk bangkit. Itu jalan Terbaik!!

Alhamdulillah bulan sterusnya bonus saya mantain mcm biasa balik 4 angka.Syukur. Dengan kejatuhan lalu tu, baru saya rasa.

" Oooo mcm ni jadinya kalau aku tak fokus. Kalau aku main2."

So saya tak kan ulangi dah kesilapan lalu. Saya Fokus 100% untuk bisness ni. Saya percaya yang pilihan saya tetap Bisness Shaklee. Ia akan menjamin masa depan yang cerah untuk saya dan anak2.

Andai suami dijemput Allah , SAYA yang surirumah ni yang tak dak pengalaman kerja ni tak gaduh nak p Apply kerja mkn gaji lagi. Saya dah tau jalan nak dapat duit dengan Bisness Shaklee.


Sekian Sahaja Kisah Saya.
Jatuh itu biasa. Anda jangan Putus Asa. Tindakan anda bangkit semula itu LUAR BIASA!!
JARANG orang jatuh Nak bangun semula. Kebanyakkan dari mereka terus putus Asa.

Saturday, January 14, 2017

Rahsia cermin ajaib

Nama penuh noor kartini mohd dahalan
Bekerja sebagai jururawat masyarakat di hosp balik pulau
Umur 34
Dua org anak 9 dan 6 tahun
Kenai shaklee dari semasa menyusu azim 6 bulan lebih kurang. Maknanya hampir 6 tahun saya bercinta dengan shaklee.

Tajuk hari ni berkaitan RCA (Rahsia Cermin Ajaib)



Sebab utama kenapa kita guna cermin ni adalah:
- Cermin ini memperlihatkan perbuatan dan perangai kita
- Positif atau negatif diri kita
- Setiap gerak geri semuanya lah

Maka, ia sepertinya:
✅ Telus
✅ Tak menipu
✅ Refleksi diri

Macam cakap kat diri sendiri.





CARA:
Tengok cermin dan sebut kata-kata yang positf setiap kali kita tengok cermin. Macam kita berdoa. Tapi kali ni , kita doa depan cermin.

Cermin apa? Tak kisah la cermin apa pun..janji cermin lagi bagus kalau cermin besar. Minda kita akan serap apa yangg kita sebut tu dan bertanggungjawab atas segalanya...minda separa sedar.

Dulu sy malu nak cakap depan cermin πŸ™ˆ
Macam pelik. Semua orang akan bermula rasa pelik ni. Ape ke hey nyer mak aku ni suruh aku cakap dgn cermin.



STEP:

✅ bercakap dalam keadaan mental dan fizikal yang stabil
✅ senaraikan self talk tu. List baik-baik malam sebelum tidur.
- CTH: Harini aku mesti senyummm je...tak nak buat muka arang.

✅ bercakap sehingga telinga sendiri boleh dengar...lagi kuat lagi bagus
✅ pastikan yang positif2 saja



Mula kita rasa pelik..anak-anak, suami isteri atau family mesti rasa pelik sebab kita nampak pelik
Takpa...teruskan...kena bina aura kita sendiri. Nanti lepas 3 -5 kali kita dah biasa


PANTANG LARANG:
❌jangan buat time serabut atau mood swing2 kelaut
❌jangan skip2..konsisten 90 hari mesti buat
😊min 1 kali sehari
❌jangan cakap dalam hati...luahkan bagi suara keluar
😁cakap dengan yakin dan semangat sahaja....kalau rasa terpaksa tak yah p cakap buang masa saja

Kisah teladan. Ibu bertarung nyawa untuk lahirkan zuriat


Saja nak bercerita tentang 'Positif, Kental, Yakin" . Ada saya bawakan kisah seorang mak yang survive tanggung risiko hanya sebab nak lahirkan Baby Twin nya. Ini saya tulis balik selepas kelas bersama seorang leader . Dr Saidah, Seorang Doktor perubatan yang juga Leader shaklee.

Dr Saidah berkongsi: 
Saya nak buka kisah kawan saya seorang MO anaest (doktor bius) yang beranak twin. Bersalin sekitar bayi 32 minggu dengan TTTS (twin to twin transfusion syndrome).

Kawan saya itu kecik saja orangnya. Sgt kecik. Tapi sebab pregnant twin , dia jada besar. Bukan sebab babynya besar. Tapi sbb TTTS iaitu (twin to twin transfusion syndrome).Dia polyhydramnios. (Air ketuban banyak).

Nak dijadikan cerita, kawan saya ni leaking. Tapi baby xboleh dikeluarkan lagi sebab belum matang. Kerana kawan saya tu ada polyhydramnios (air ketuban banyak),. air ketuban tukena dikeluarkan dengan cara doktor cucuk jarum dan sedut keluar air ketuban bagi cukup-cukup je dalam perut. Sebab perut menegang sangat . Dia jadi sesak nafas terruuuukkkk gilaa!

Bila perut dah susut sikit. Esoknya, jadi besar balik. Sekejap sangat keciknya. Kawan saya tu macam ada cancer. Perut besar tapi badan kecik. Berhari-hari duduk kat ward. Berhari-hari bertukar jarum kene cucuk sana sini. Berhari-hari juga sesak nafas. Tapi ape pilihan yang dia ada? TAK ADA PILIHAN. Sebab dia nak ANAK tu. Dan sebab dia nak SIHAT mcm biasa

So this one time..tiba-tiba di tengah malam. Air ketuban pecah. Perut dia sakit sangat contraction datang. Dia tak boleh nak tahan lagi. Jadi dia mintak di ceaser

Oleh sebab sangat-sangat sesak nafas dan perlukn bantuan oxygen. Maka boss pun suruh buat pembedahan.  Dia survive.. anak-anak juga survive. Tapi seorang 1.3kg dan seorang lagi hanya 800g. Dua2 intubated. (Pakai tube pernafasan)

Mak belum sihat. Anak intubated. Waktu saya pergi ziarah tengok dia macamana. Tenang saja dia. Redha.  Tak ade setitis air mata pun. Malah makin sibuk nak buat stok susu . Twin kannn..Semangat dia luar biasa.

Anak-anak dia masuk NICU (neonatal ICU) selama 2 bln. Macam-macam la jadi masa tu. 
Jangkitan paru-paru la.
Sepsia la.
Usus dia mati lah (NEC)
IVB (bleeding dalam kepala)
Retinopathy (mata tak nampak)

One by one ujian Allah bagi. Dia redha juga. Dia ambik cuti menyusu 3bln. Total 6bln dia tempuh.

Cuba bygkn..
1. Kalau kwn sy mengalah masa dia admitted sebab tak tahan azab kene cucuk kat perut dan tangan.
2. Kalau dia mengalah dan meratap nasib lepas beranak.


Jadi nak compare dengan kita ni. Yang cukup semua. Tapi asyik nak jadi pemalas. Kejap up semangat, kejap down , semangat hilang, idea hilang, tak tahu buat apa. Salahkan anak?

Rasa tak cukup masa. Salahkan anak? Tak sempat post kat fb? Salah kan masa. Semuanya lah nak salahkan orang. Why not kita dah masuk line bisnes ni. Kita buat saja. Kita tempuh saja.

Kita fikir goal kita dan cuba capai goal tu.Buat sehabis baik walaupun hingga hujung nyawa sekalipun. KUASA BIG WHY FEELING. HINGGA MENANGIS. 

Tu saje motivasi sy hari ni.. workhard people! Nothing comes easy

Friday, January 13, 2017

Sebab belum berjaya

Nama diberi Noraini Salleh. Berkahwin, anak sorang, dan coming soon insyaAllah doakan supaya saya cepat ada baby lagi. Sekarang masih belajar ambik Master in Sains (Neurology). Buat research. Saya mula dgn Shaklee utk diri sendiri. Beli supplement utk menyusu dan register jadi ahli bulan march 2015. Kemudian senyap. Sampai lah kisah mak saya sakit lepas balik umrah bulan jan 2016. Dan saya belikan untuk mak saya supplement. Masa tu bulan jan-feb 2016. Bila membeli akan dapat bonus, so dari situ sy berminat. Sebab nak belikan supplement utk parent pun kena ada duit kan. 

Tu mula-mula big why saya. Nak ada duit untuk belikan suppliment untuk mak ayah. Then bila lama-lama duduk dgn orang2 hebat, big why saya pun makin bertambah , bertambah dan bertambah 

Dalam bisnes ada macam cabaran dan dugaan. Sebab, ikut pada dunia pun, TRAFFIC LIGHT BUKAN SELALU HIJAU. Ada kereta audi sekalipun, waktu merah lampu trafik light, kita tetap kena berhenti.

Baru ingat nak plan dan buat strategi marketing betul2 tp dah nak kena tinggal pulak. Masa tu dah pikir macam2, dengan Adam yg masih kecik lg. Baru je rank up, dapat pulak berita suami kena posting kt Yaman. Tapi redah je lah. 

Saya pernah tak berjaya:
1. Sebab big why saya belum cukup kuat dan sy belum feel dgn big why sy. Sbb tu sy lambat . Betul apa yg Master nini cakap, kalau tak feel dgn big why, memang nak bergerak tu macam kereta takde minyak. Tersemput-semput dan tak laju macam orang lain. So kena make sure big why betul2 dan feel it


2. Saya tak bantu dan polish anak saya betul2. Saya nasihatkan pada semua, mulai sekarang walaupun anda baru di rank distributor sekalipun, bina empayar dari sekarang. Bantu orang lain. Jangan buat business sorang-sorang, ajak orang lain buat business, dan berjaya bersama2.

Dan apa yang penting, kekal dan setia dgn mak Shaklee anda selagi mana dia mampu nak bimbing kita dan tak abaikan kita. Mak dah pengsan pun, datanglah mengadap nenek, oyang anda nun di atas. Mereka mesti akan guide.

Kita asyik nampak teams lain berjaya, then kita nak ikut team itu
Tapi bila kita pergi team tu, Kalau attitude kita masih sama, maka sama ajelah. Memang takkan berjaya jugak.

So struggle ubah diri sendiri dulu. InsyaAllah kita mampu berjaya dan bantu geng team kita juga utk berjaya. Nak buat team kita berjaya, diri sendiri kena bangkit juga utk sama2 bantu

Kejayaan dan kegagalan itu terletak pada diri sendiri. 
Bukan orang lain. Jangan jadi macam bangau, selalu salah kan orang lain.


"Bangau oh bangau"


Ingt x lagu ni?

Wednesday, January 11, 2017

Kenapa aku masih disini

Malam tadi, saya handle satu slot di whats apps. Slot apa tu? Nak tahu tak?

Macam ni. Dalam bisnes kami ni, ejen nya ramai sangat. Dan kami semua akan ada kelas macam-macam dalam group whatsapps. Perkongsian, cerita, nutrisi dan sebagainya. Best sagat kelas begini. tak membebankan , malah sangat inspiring. Terlalu banyak ceritera yang diluar sangkaan kita tapi terjadi kepada kawan-kawan lain.

Alhamdulillah, malam tadi, saya diberi tajuk 'KENAPA AKU MASIH DISINI", mudah katanya ialah KENAPA MASIH TEGAR DENGAN BISNES SHAKLEE?

Ini di Abu Dhabi, trip percuma shaklee bawak. 

Saya Nini Nisrin Muhammad. Fb: Nini Muhammad. Bermula bisnes shaklee selepas saya guna set hamil dan rasai kesannya.  Saya jadi ahli pada bula April 2012.  Dan menggapai puncak tertinggi rank dalam Shaklee ni, (MASTER) pada bulan November 2013. Tempoh nya selama 19 bulan. Saya surirumah. Membina legacy bijaksihat tanpa ada premis. Cabaran sentiasa ada sepanjang 5 tahun ini. Bermacam macam. Tapi saya seronok. Upline saya, Master Farihah. Sudah 2x kami travel bersama ke luar negara. Kali pertama waktu Umrah dan jalan di Dubai dan ABu Dhabi. Keduanya di Orlando , Florida US. Sepatutnya 3x tau.  (di Us california) Tapi saya tak dapat join kerana denggi . Haha. 


Dalam group saya, ada leaders saya yang hebat-hebat dimana saya menumpang semangat dari mereka. 

So saya nak share kenapa saya masih disini. Mesti ada sebabnya kan. 

Saya jumpa leader awal-awal saya yang awal saya. Pada mulanya dia hanya pelanggan. Datang rumah cari alfalfa tanpa kos pos :) Dia hebat selepas tu. Dasyat. Saya pun turut terima tempias semangat. Biasalah, waktu dia hanya customer, dia nak satu keuntungan untuk diri dia. Layan elok2. Tak musahil dia jadi leader kita. Kan. Maka jd leader dah dia. Seronok sangat kalau ingat balik. 


Kenapa ya saya masih disini. Selepas 5 tahun angin badai melanda. Aih, kalau ingat, berpusing ligat fikir. Bersilih ganti cabarannya.

=====================================

Kawan kawan. Yang baru atau yang lama. Jika kita pernah join satu group,  walaupun sekejap, kita pasti akan ingat. Jarang orang akan delete 100% kecuali mati. Walau x suka pun, tetap akan ingat.
Begitulah shaklee ni. Bertahun saya hidup dalam shaklee ni. Lewat setahun dari anak sulung saya. Masakan mudah kulupainya? Ececeh ....

Sebelum saya join shaklee, saya adalah orang terdesak. Sebab saya tak bekerja. Dan saya duduk di dalam kawasan politeknik. Satu tempat educate yang menekan saya. Kiri kanan pakai hensem smart lawa , drive kereta pergi kerja. Masa tu saya tak bekerja dan tak ada anak lagi. Sedang mengandung. Saya pun cari kerja dan cari. Tapi kenapa ek. Tak ada pun nak ambik saya kerja. 

Sehinggalah saya selalu tertekan bila balik berkumpul. Biasalah , orang kiri kanan bertanya tanya. 
Haruskah Degree cert digantung saja? Tak cari kerjakah kamoo wahai nini. Saya jadi stress kalau kaum keluarga nak datang rumah. Kalau balik kampung pun, semangat yakin diri tu ada la paras lutut. Rendahhh saja. 

Sehingga saya rasa mcm x boleh jadik ni. Kenapa semua orang memblame. 

Masa tu saya bina la minda mcm ni. "Apa... Surirumah kerja banyak apa. Mulia apa. Tak apalah x ada gaji pun. Ikhlas ja. X apalah x kaya pun" .

Pikiran tu terbentuk asbab emosi. Sebenarnya ego tu. Padahal surirumah pun ada perasaan nak beli itu ini. Kan. Saja la tipu diri sendiri.

Akhirnya saya cuba keluar dari zon itu. Cuba cari duit sendiri. Waktu tu, belum jumpa lagi dengan shaklee. Saya jumpa kerepek, cloth diapers, baju muslimah, tudung. Packing kerepek juga walau dalam pantang. Ku x sempat rehat pun. Anak tidur ku pack kerepek. \Sampai jam 2-4 pagi packing. 


SAMPAILAH saya JUMPA SHAKLEE> Mula kenal shaklee masa mengandung anak kedua⁠⁠⁠⁠. Inilah fasa nya. Mmbina tali positif. Masa tu x nampak lagi shaklee ni dapat macam-macam. Upline saya waktu tu (Master Farihah) hanya senior supervisor saja waktu tu. Tapi dia dah tak kerja rasanya masa tu. Bonus dalam RM3000. Saya nak sangat dapat mcm tu. Sebab saya agak jeles dengan rakan lain yang dah bekerja. Paling dekat, classmate saya yang sekarang duduk serumah dengan saya., ASBEN. Hahaha. 


KENAPA SAYA MASIH DISINI SEKARANG?

1. Saya ingat kesan effect shaklee pada saya. Dari segi sihat. Dan dari segi kewangan.
Di takqdirkan, anak sulung saya dikesan sebagai slow development. Macam autism. Waktu mengandung dia dulu, saya tak ambik Shaklee lagi. Saya ambik vitamin klinik kesihatan je masa tu. Asbab saya pulun buat Shaklee masa dia umur 1 tahun, masa tu belum tahu dia ada slow development (brain). Maka, waktu dia dikesan ada probelm tu waktu umur dia 3 tahun. Jelas, saya sangat bersyukur. Sebab , saya masih boleh beri dia terapi yg baik. Kelas dia RM600 sebulan di EARLY INTERVENTION PROGRAM. Terapi pulak sejam RM100. Ulang alik Perlis - Alor star (untuk terapi dia) makan kos hampir RM1000 sebulan.  

Sehingga sekarang kesyukuran saya terhadapa keadaan ini amat jelas. Terbayang-bayang. Kalaulah dulu saya x mula buat shaklee ni, , saya tak tahu adakah anak saya akan diberi terapi sebegini  atau tidak. 


2. Effect kewangan pada keluarga.
Umi saya hidup susah dari dulu lagi. kisah ni terlalu tragis kalau nak cerita. Sekarang dia makin bahagia sebab apa saja pun dia boleh dapat dah sekarang. Kesiahatan pun bertambah baik. Dan saya pun dah balik kampung , untuk jenguk-jenguk dia setiap hari. Inilah waktu yang saya impikan suatu waktu dulu. Allahu. Macam mana saya nak kata saya tak boleh bertahan kan? Sebab macam-macam dah saya dapat. Allah bagi peluang untuk saya bawak Umi saya ke Mekah. Buat Umrah. Tegur Rasulullah. Beri salam. Lambai Kaabah. Terbesar-besar impian. 


Ok. Bertahan saya ada banyak sebab. Bertahan kita semua pun mesti ada sebab. Waktu kita mula bisnes. mesti kita ada sebab. Waktu bertahan pun sebab itulah yang kita kena muhasabah. Lagi lagi kalau sebab yang kita nak dulu sudah tercapai asbab Shaklee.



3. Saya dulu nak sgt RM3000.
Sebab nak kereta. Masa tu saya belum mahir bab CAR BONUS SHAKLEE tu. Saya hanya tahu, nak kereta. Tengok. Gila aku tampal semua ni kat dinding. sebab apa nak kereta? Sebab. kereta kami iswara tahun 1995. Bawak merentas highway Perlis- Kajang dan Perlis-Kelantan. Nak naik bukit punya la struggle. Takut ia kebelakang. Haha. Gerak selepas sejam kena stop dan simbah air. Sebab enjin panas. Kang meletop. Aircond xde. Saya guna kipas kecik tu je. Pasang kipas kat anak. Kesian dia. Panas. 

Ada sekali tu, Pendesak terbesar saya. Kereta tu mati kat hutan jeli. Masa nak naik bukit grik. Hoho. Waktu dah nak mala. Nak repair kena beli sparepart. Maka, x boelh balik la kami malam tu, Tukang repair tu hantar kami masuk Jeli Inn. Masa tu lepas raya. Biasala kan, raya ni dah guna banyak duit. sekali kena repair kereta pulak. masa tu baru supervisor. dapat bonus acah2 mahu simpan. Dah suri rumah kan. Haha 

Habes Rm800 repair kereta. Tukar apa ntah. Bermalam kat jeli inn tepi mrsm tu kena RM80. Sebelum tu dah godek duit buat raya. Balik dari raya tu la saya kata, saya nk bonus RM3000 macam k eha Upline Shaklee saya. 

Sebab tu bila kita rasa give up ke apa ke. Hayati balik kisahnya. Kenapa kita mula. Apa sebab kita mula. Saya x fikir besar sgt pun masa tu. Masa mula shaklee, BIG WHY saya ialah RM3000. Saya xde big why nak rumah semua tu lagi. Saya hanya ada 1 stress , 1 sedih, 1 sayang mak, dan nak RM3000. Agaknya besar mana la big why tu masa tu. RM3000 dan mak saya. Hingga sekarang pun, mak saya adalah big why saya paling besar. Kereta tu, saya nak sebab nak balik kampung jenguk mak. 

Nak bertahan BUKAN sebab BIG WHY YANG TINGGI. Tapi sebab feeling WHY kita. Feeling sampai kita nanges. Dulu big why saya bawak mak saya g umrah. Saya yg akan bawak. Saya. Mesti saya. Buat malu je . Mak jaga saya kecik-kecik dulu sorang-sorang macam orang gila, Saya nk buat tu sikit pun xboleh. Big why tu kita kena feeling. sebab ia akan jd asbab bertahan kita. Kalau tak jumpa lagi, tolonglah cari.


4. Asbab bertahan ialah downline saya.
Saya nak inspire mereka. Saya tak nak lepas saya ajak mereka bisnes sebab begini begini. Alih alih bila datang ujian, saya yg lari keluar.

Saya anggap mereka mcm anak anak saya. Sayang nya sy pada mereka tu feeling dia tak dapat diungkap. Mereka semangat saya , dan asbab mereka juga saya perlu lebih berjaya. Saya nak jd macam "sumber inspirasi" muslimah. Rasa macam, kalau berjaya kan, ramai orang akan ikut dan jd baik.  Byk pahala dia.

5. Sebab saya sayang Upline saya.
Kadang2 kalau ingt upline saya, saya boleh menangis. Walaupun saya mula dulu, dia baru senior supervisor, tapi sy ikut je dia. Saya x tgk upline lain. Rasa nak pergi ke upline lain jauh sekali lah.


6. Sebab bertahan juga datang dari company. 
Company shaklee yg byk memberi peluang dan ruang. Shaklee punya memudahkan ejen dia. Saya ingat waktu sy mula bisnes, kami hanya boleh order melalui emel dan telefon. skrg ada apa? Boleh order melalui whatsapps dan juga sistem.  Dulu nak cek UV kena call atau pergi branch. Atau fax.

Saya siap beli mesin fax sebab saya duduk perlis. Ada orang kata, x boleh bertahan sebab duduk jauh dari branch. Tapi, saya sepanjang mula shaklee ni sy duduk perlis nun jauh sempadan thailand. Branch paling dekat penang. 2 jam lebih nak sampai. Dengan kereta aku mcm tu mau 5 jam⁠⁠⁠⁠. Jadi, asbab bertahan saya ialah company yg dari dulu berusaha utk memudahkan ejen nya. REWARD2 yang terbaik. Umrah, jalan trip, car bonus bentuk cash, semua tu berbeza dgn company lain.

HQ shaklee ni kan, kita nak beli 1 herbal blend pun depa packingkan. Siap boleh guna kad kredit atau debit melalui online lagi. Kad kredit caj je rm27 harga herbal blend tu. Sebab saya pernah je dpt tau, satu company ni. Nak beli guna kad kredit kena RM1000 ke atas. Kalau nak HQ dia pos, kena beli RM600 ke atas.

Shaklee byk bantu saya. surirumah yg nk drive g poslaju pun x boleh. Shaklee la tolong.

Sistem shaklee ni kan ajar kita berdikari. Bukan jenis mlm yang kalau nak beli sikit, upline kena bagi barang dia. Sebab hq nya xleh pos sikit.  Maka ia membebankan upline. bisnes ni kan bisnes kita. So shaklee ajar kita :)


ISU:
Ada orang akan kata, kenapa ada je orang stop walaupun rank dh tinggi.
Kenapa kita nak fikir soalan tu kan. Ada la sebab dia. Mungkin x sayang downline dia. Mungkin sebab dah byk duit, rasa malas, rasa dah capai segala impian. Tak payah pelik dgn orang yg pergi. Orang boleh cipta mcm mcm alasan kalau dia dah x nak. Kita ni, bina alasan kita utk stay. cari big why kita. Sebab bukan mereka yg stop tu yg akan bg kita apa apa.

Kenapa ramai je sid yg kutuk shaklee?
Itu masalah mereka. Ada lah tu prblem stress keluarga. Kita tak tahu hidup mereka. kan beza2. Sorang pendapat begini. Tak smeua pun rasa begitu.

Ada orang sebut, shaklee ni kayakan upline. 
Maka dia pun stop. Saya bertahan dan naik. Saya dan upline saya keduanya master. ada seorang kawan saya. Dah master, tapi, Upline dia x master pun. Boleh je kan. Dalam shaklee ni boleh pintas sapa saja. So xde alasan tu pun. Yang penting usaha kita tu setara sapa.

Ada yg pernah fikir, dah buat ni dpt uv kat upline. Tolong la buang. Banyak lg kerja nak buat. Beli ni nanti upline dpt uv. UPLINE PUNYA SIANG MALAM MENGAJAR, ADA KITA FIKIR? Dah beli beras, petani dpt duit. BERKIRA? Nak guna toilet awam, takut nanti penjaga dia dapat duit. Maka, balik membuang dirumah? Haha. Jem fikiran begini.

Kita hidup masyarakat . Ada memberi ada menerima. itu fitrah dah. kalau semua nak buat sndiri x nk bg sapa2 dpt tempias, kena la jd tarzan. duduk dlm hutan. tanam beras, tanam pisang..baju lilit daun.

Ada org kata ambik kesempatan. ha sudah. Semua prblem lah. Mentor ajar bisnes pun dirasa ambik kesempatan. so pandai2 la kita bina pemahaman kita. ajar pd siapa yg nk join kita nanti. alahai.



Okey ya. Saya rumuskan. SEBAB BERTAHAN :
big why
downline
upline
company
kualiti
sistem


Akhir kata

Saya masih ada byk impian. sy akan trus langkah walaupun apa saja cabaran dtg. orang boleh pergi. dan orang pun boleh dtg. bukankah manusia sentiasa membiak?


moga kita smua success sentiasa dibawah lindungan Allah. Teruskan usaha kita spread kebaikan shaklee. Dan feelinglah big why dan shaklee effect. Bersyukurlah dengan ladang pahala ini. Orang kembali sihat selepas cuba ini dan itu. Mesti ada ganjarannya. jgn pandang kiri kanan gaubg gaung tu. jalan je fokus matlamat kita. Rasa gelong je , ingt Allah ingat upline.


Alhamdulillah . Stay fokus. gud luck. Tahun ni nak ke jepun .

Sunday, January 8, 2017

RENGAT SELEPAS BERSALIN

RENGAT SELEPAS BERSALIN. SAKIT BERGULING-GULING
______________________________________________________


Bulan Mac 2015, saya bersedia untuk bersalin dah. Baby pun dah besar. Duk sepak dalam perut tu, sampai senget senget dah ummi. (rindu pulak kenangan itu). Hihi

Saya bersalin di hospital Kangar.  Disambut oleh Dr Maryam Sakeenah. Doktor tu kawan kepada kak Nur Najmah Salleh .
Hanya Doktor Maryam yang tahu apa terjadi pada saya waktu saya dalam labor room.

Tekanan darah saya sekejap rendah sekejap normal. Tapi kelihatan misi-misi macam monitor mesin tu secara tenang. Padahal saya tahu, mereka agak kelam kabut. Sebab darah saya tak stabil. Bersalin iman, paling terkesan pada saya. Cerita selepas bersalin (waktu di labor room) masih jelas lagi saya ingat. Rahim saya lambat kecut. Doktor begitu cemas. Sampai menitik peluh doktor.

sangat cemas! sangat! Ada seorang misi, datang pada saya. "Bertenang ya puan. Fikir positif. Darah puan hilang agak banyak.
Saya rasa saya tahu itu. Sebab melihat pada doktor pun saya dah boleh agak.
----------
Doktor ambik sejenis alat. Macam tangan besi. Korek darah beku yang tertinggal. Rupenya darah kita cepat sangat membeku.
Bila rahim lambat kecut, darah akan terus mengalir, dan ia amat bahaya. Boleh membawa kepada tumpah darah yang membawa kepada kematian. Masa tu terfikir juga kalau mati. Sebab masih ada tanggungjawab belum selesai. Allah. Lama sangat proses kali ni untuk selesai semuanya.
------
Selepas discaj wad , saya balik rumah. Perut saya sakit. Saya minum vivix hari pertama saya di wad. Tiba tiba, keluar seketul darah 'macam hati ayam sebesar tapak tangan'. Baru saya tau, itulah darah rengat. Punca kita sakit perut sampai guling guling.



Alhamdulillah saya hanya sakit perut sekejap dan setiap kali sakit perut tu, saya tau , darah rengat itu nak keluar. Banyak ketul juga la sepanjang berpantang tu.

Saya sayang VIVIX. Sebab walaupun teruk sangat saya di labor room, tapi saya cergas selepas keluar dari labor room tu.
Doktor dan Misi juga heran.

ini cerita benar
k najmah pun pernah borak dgn doktor tu pasal saya. =)

Friday, January 6, 2017

Bisnes dihujung jari

Ini TRIP FREE ke ABU DHABI/DUBAI dan UMRAH ( kami pergi 3 orang) Kos RM60 000, tapi kami dapat percuma.

ini trip yang pernah pergi. Ada lagi yang terhilang ni. Lupa letak kat mana

Ini waktu melawat tempat buat alquran waktu umrah


Bermula 2010, dunia bisnes online mencanak-canak naiknya. Ada yang punya kedai pun terasa tempiasnya. Terbaru, kisah UBER. Dan kisah self delivery bahan basah. Semuanya memberi kemudahan kepada pelanggan. Tidak salah mencari peluang. Kan? Inilah strategi.

Sekarang ni pulak, zaman internet hujung jari. Anak-anak tak terkawal dalam menggunakan gajet. Ayah dan mak sibuk bekerja. Maka wujudlah geng SURIRUMAH BERNIAGA DI HUJUNG JARI. Mereka hadir dengan nama WORK AT HOM MOTHER. Dengan anak di depan mata. 

Sistem yang bagus yang membantu mak-mak ini tidak perlu keluar untuk mengepos barang. Sales berjalan dengan bantuan DROPSHIP yang membantu mak-mak ini mengepos barang. Hanya perlu membuat order, dan HQ akan terus membuat penghantaran terus kepada pelanggannya. CANGGIH BUKAN?


Inilah juga penjelajahan saya NINI NISRIN MUHAMMAD. Permulaan bisnes online, agak janggal. Masa tu la baru nak kenal online bankin dan sistem dropship. Hari ini, saya mempunyai hampir 1000 orang yang menjadi ahli. Dan ratusan mereka yang membuat bisnes untuk perkongsian pengalaman dan menambah pendapatan.

Ada antara mereka yang surirumah dan mampu mendapat pendapatan meningkat hingga 5 angka bonusnya. Bayangkan surirumah mendapat RM10 000 sebulan? Dapat lagi bonus kereta yang boleh beli kereta lain atau bayar kereta sedia ada, boleh pergi trip DALAM NEGARA, umrah free, trip YANG MEWAH. 


tak mustahil. Sahut lah cabarannya, dan bermulalah untuk berkongsi kebaikan. Walaupun kita surirumah, tetap boleh dapat income yang lebih dari orang lain. Rezeki itu dimana saja kan?

Nak saya bantu? WASAP saya 014-506 8306 

Saya Nini Nisrin
5 tahun dalam shaklee.
BISNESMOM

Ini delegacy SHAKLEE MALASIA di Orlando FLORIDA, USA.

Wednesday, January 4, 2017

Hak orang lain dalam rezeki kita




Power bank rosak. Maknanya, kena beli powerbank baru lah tu. Maka , kenalah keluarkan duit kan? Nak membeli, begitulah. Tak bagi duit, ada ke dapat barang?  

Banyak betul rezeki bersama dalam income kita. Kan? Begitulah hidup kita ni. Ada orang jenis fikir begini. 

"tak nak beli la dari orang tu, sebab dia kan dah kaya. Aku beli, aku buat dia lagi kaya". 

Orang yang ada mentaliti begini, sesuai hidup dalam hutan seperti zaman batu dulu tu. Nak makan ikan, pergi tangkap ikan. Nak makan sayur, tanamlah sayur.


Sahabat-sahabat semua.
Dalam setiap detikan nafas kita ni, Allah dah kata, dalam rezeki kita ada hak orang lain sama. Kenapa kita nak nafikan itu. Hatta, kita mati nanti pun, ada rezeki orang lain sama. Penggali kubur, kain kapan, kapur barus, semua tu kena beli. Takkan itu pun kita nak berkira kan? Rawat hati kita.




Akhirnya kami pindah ke Kelantan

Pindah masuk negeri kelantan 
--------------------------------------

Serba biasa dulu. Nak bagi feeling mood. Sebab saya jenis suka kemas. Selagi tak menepati selera, nak buat kerja tak ada mood. Bukan tak ada mood shaklee. Tapi tak ada mood duduk di meja ofis yang berserabut. Dulu waktu belajar, saya tak boleh belajar dalam bilik. Nanti lena banyak. Waaawaawaa. Sanggup pergi library. Adakah ini skema? Haha

Rumah ni boleh jadi tempat seminar. Besar rumah ni. Kalau di perlis, sewa mungkin kena RM1000 untuk rumah sebesar ini. Barang kami sikit je. Masuk ini rumah besar. Katil putih tu agaknya jadi meja kopi. Hahaha. Jenuh.







Fasa serasi makin lama makin baik. Anak-anak juga dah masuk tadika berdua. Tinggal umi dan Iman la kat rumah. Abi? Buat kerja di luar rumah. Haha. Dia masih fasa serasi jugak. Maklumlah lama di Perlis. Ikhwan pulak fikir macam kami ni balik kampung bercuti.  "semua tempat macam holiday baginya"

Hamboiii.....

Cuaca di tempat kami hari ni cerah sedikit berbanding semalam.
Mahu shaklee, cecepat roger.




Ini passion yang mendarah daging =) Siapa nak shaklee, roger terus 014-506 8306


Selamat jumpa lagi PTSS yang tenang. Perlis yang damai. Anak-anak semua anak perlis. Lahir di Kangar semuanya.  Dan saya suka ukhwah di Perlis. Mereka semua cepat mesra terutamanya orang berusia. Kenangan.



Kolam ni, Ikhwan, Amin Iman datang riadah petang=petang ='(

Kelantan, kami datang. Branch shaklee pun dekat. Tempat kuliah pun mudah. Semoga hati lebih subur. Penghijrahan itu satu permulaan. 


Insha Allah, doakan Azam 2017 kami tercapai. Mahu memberi zakat 5 angka dalam senulan tu. Aminkan ya kawan blogger . 


Nini Nisrin
BisnesMom
Shaklee Kota Bharu
014-506 8306
















;)