Monday, November 13, 2017

Kembar berdua di hongkong


6 oktober, hari lahir aku. Kami memang kena pergi Penang sebab ada sambutan Master celebration Shaklee untuk kami. Kami gi awal sebab Shaklee bagi Penginapan FREE di The Light. Seronok!!! Sebab tarikh tu befday. Pastu hotel bagi Kek dan Hadiah buah dan kad. Tq The Light Hotel 😍😍





Tarikh 10 oktober 2017, encik husband buat suprise. Tapi dah tak jadi suprise sebab aku dah plan nak jalan perlis. Maka kena la dia pecahkan rahsia awal. Dia nak bawak kenal HONG KONG. 2 hari saja jaln di Hong Kong. Bolehlah untuk kenali rakyat diorang kat sana kan.

Kami naik Air Asia. Apa best kalau naik Aor Asia, aku suka makan nasi lemak dia. 🤣🤣 . Dulu masa pregnant, pernah mengidam nasi lemak atas flight Air Asia. Dasyat kan.



Dah selesai la aku makan nasi lemak best tu. Pernah naik etihad airways. Makanan dia tak lalu dek tekak aku. Hehe.

Perjalanan dari Klia ke HONGKONG dalam 6jam rasanya. Masa tu la masa kita nak berehat atau buat apa yang tak boleh waktu sibuk. Aku pilih baca buku lah. Kat rumah , payah nak baca.


Lepas baca, kita bincang dan buat nota. Sebab nanti best nak sharing dengan anak buah nanti. Tak sangka, dalam beberapa jam dalam flight, dah siap baca 2 buah buku. Wah. Menarik. Lepas ni, kalau travel sorang atau berdua, pastikan bawak buku. Quran lagi bagus kan. 😃


Alhamdulillah. Dah sampai Hongkong. Kawasan berpulau pulau. Airport pun sekelilingnya air. Sibuk perairan dia nampaknya.

Okeh. Kita tukar simkad dulu. Nanti boleh nak live di fb nanti. Dah janji dengan peminat. Haha

Instruction dalam bahasa dia la. Pening juga nak selesaikan ni. Android dan apple beza beza setting. Tapi akhirnya dah boleh guna. Beli online je sim ni. Dia pos kat kita. So mudah la. Tak ada tercari cari kat hongkong tu kan. Orang orang dia, paham paham la jenis mcm mana. Susah nak tolong orang. Pesen dah kot.

So kita live sekejap. Klik link untuj live yg full.


Kita nak ke hotel. Nak berehat. Sebelum tu kena cari makan. Lapor. Naik bas dulu. Beli tiket. Dari tempat ketibaan tadi, kena turun bawah. Pegi kat tempat bas.


Ada tiket bentuk kad. So simpan la. Nanti nak balik, guna balik ni. Dia mcm touch on go.

Akhirnya ... Terbongkar rahsia. DIA DATANG NAK SOKONG TEAM BOLA!!!

Malaysia Hongkong. Semangat betul. Aiyyaaaa..
Tak apalah . Kasi can dia enjoi. Nanti balik Malaysia, kena kerja lagi. Hehe

So next saya sambung , kami makan di mana. Biasalah kan, bukan negeri kita. Makanan halal susah. So kena cari. Nanti saya share next episod.. stay tuneee. Taraaa . Baaaii


No comments:

Post a Comment