Amalan apa untuk menghadapi Fitnah Dajjal?

Antara mutiara berharga yang sempat dikutip dari Seminar Ibrah Nabi Isa semalam

Perkongsian dari Ustaz Syaari Abd Rahman

Saya rasakan penting untuk saya sebarkan supaya kita dapat sampaikan pada anak-anak kita nanti

Kerana anak-anak kita adalah generasi yang mungkin bakal berdepan dengan Fitnah Akhir zaman yang amat hebat nanti

1) Nabi Isa digelar al Masih

Al Masih (المسيح) dari akar katanya masaha (مسح). Membawa erti mengusap

Apa yang di usap oleh tangan Nabi Isa mampu menyembuhkan dan menghidupkan dengan Izin Allah

Antara mukjizat baginda yang dirakam dalam Al Quran ialah mengidupkan burung dari tanah liat, menyembuhkan mata orang yang buta, memulihkan orang yang sakit sopak, menghidupkan orang yang sudah mati (Surah Ali Imran; 49-51)

2) Al Masih Dajjal

Dajjal membawa makna pendusta atau pembohong besar

Kenapa digelar al Masih? Kerana dia juga mampu menghidupkan orang yang mati, mampu memerintahkan hujan ke tanah gersang lalu tumbuhnya pohon.

Ini antara kelebihan yang Allah beri pada Dajjal.

3)Bagaimana nak BEZA antara Nabi Isa dan Dajjal?

Akan tiba masa nanti yang keadaan ini sangat mengelirukan semua orang.

Kedua mereka ada kemampuan yang sama

Ajarkan pada anak-anak bahawa Sifat-sifat Nabi Isa telah diterangkan dengan begitu terperinci dalam Surah Maryam ( dari ayat 30-33)

Kata-kata yang keluar dari Nabi Isa ialah “Aku ini Hamba Allah”

Dajjal akan mengaku dirinya “Aku ini Tuhan” setelah menghidupkan yang mati dan menurunkan hujan.

3) Perlukah kita TAKUT dan RISAU?

Saya agak tertarik bila sampai part ni.

Ketika seminar ada yang bertanya dengan risau adakah kita (Malaysia) akan terlibat dalam peperangan nanti? Dimana kita pada masa tu?

Saya tersenyum..dulu saya juga selalu rungsing bila fikir soalan yang sama..macam mana diri saya? Anak-anak saya?kucing saya?

Hakikatnya kita tak perlu rungsing..kematian itu lebih dekat dan pasti. Yang kita perlu persiapkan ialah amalan di alam sana nanti..

Bersedia dengan ilmu dan amal untuk hadapi zaman Fitnah ini

Amalan apa untuk menghadapi Fitnah Dajjal?

Banyak pesanan yang Nabi saw dah tinggalkan pada kita kerana Baginda sangat sayang ummat ni

Antara amalan:

1) Saum- Berpuasa dari berkata-kata.
Zaman Fitnah sekarang ni kita tidak tahu siapa di pihak benar atau salah. Banyakkan tutup mulut dan jangan jadi Keyboard warrior. Semua perkara nak diulas di FB.

2) Al Kahfi (baca dan faham dengan matahati 10 ayat awal)

3) Amalkan doa dibawah ni setiap kali lepas tahiyyat akhir sebelum beri salam.


Silakan SHARE untuk ilmu yang berpanjangan. Ceritakan pada anak-anak supaya mereka berjaga-jaga dengan fitnah yang berlaku.

Dan semoga post ini menjadi saksi dihadapan Allah bahawa saya sudah menyampaikan mengenai fitnah Dajjal.

Saya copy dari sharing fb:Siti Aminah Sulaiman


#sitiaminahsulaiman
#kalimahyangbaik
#quranicparenting

Comments

Popular posts from this blog

7 petua cepat bukaan pintu rahim

AUTISM PART 3: Tips kontrol deria bunyi anak autism yang sensitif sangat.