Saturday, January 6, 2018

Rahim jatuh, macam mana keadaanya. Apa jena buat?

Kelonggaran faraj dan masalah rahim jatuh (uterine prolapse) selepas bersalin.
Jika nak tahu kenapa 'urutan sengkak naik' selepas bersalin kurang berkesan, kita kena faham dahulu anatomi dalaman wanita.
Jika nak tahu apa yang berkesan mengelakkan atau mengurangkan kelonggaran faraj dan masalah rahim jatuh, kita kena faham anatomi dalaman wanita.
Jika nak tahu kenapa pakai bengkung pun tak berkesan, kita kena faham juga anatomi dalaman wanita.
Jika nak tahu kenapa tak payah makan jamu, faham lah sains kajihayat wanita.
Jika nak tahu kenapa Pakar O&G tak suka ibu teran lama-lama sangat masa nak bersalin, pun kena faham anatomi wanita.
------------------------------------------------------
Lihat gambar 1, 2 dan 3.

Saya sudah pun memberi pencerahan kenapa rahim tidak perlu diurut selepas bersalin di sini
https://www.facebook.com/imelda.balchin/posts/10154978958286659
Di sini saya sudah jelaskan di mana nak cari tulang pubis dan kedudukan rahim di dalam pelvis, iaitu di belakang tulang pubis.
Semua wanita mempunyai 'pelvic diaphragm' iaitu 'otot pelvis'. Saya suka panggil otot ini trampolin manusia. Tugas otot trampolin kita ialah menyokong:
1) Pundi kencing (bladder) bersama saluran kencing (urethra) di bahagian hadapan,
2) Rahim (uterus) bersama faraj di bahagian tengah, dan
3) Dubur atau saluran najis (rectum) di bahagian belakang.
Otot pelvis kita berfungsi seperti trampolin (lihat gambar 1), dan tulang pubis ialah seperti rangka yang memegang trampolin di bahagian hadapan.
Otot pelvis yang lemah lah puncanya kelonggaran saluran kencing, kelonggaran faraj dan kelonggaran saluran najis dan ini menyebabkan pundi kencing, rahim dan saluran najis yang tidak disokong dan jatuh ke bawah (lihat gambar 4 dan 5)
Bayangkan trampolin itu lemah dan tidak tegang, jika orang yang berat menaikinya, ia akan melongsor ke bawah. Pada permulaannya trampolin ini kuat dan tegang, tetapi jika kita menjadi bertambah berat dan melompat-lompat banyak kali di atasnya, lama-lama ia akan menjadi bertambah lemah.
Kelemahan trampolin kita ini boleh berlaku jika bersalin banyak kali, bersalin bayi yang besar, teran lama-lama semasa bersalin. Walaupun bersalin secara pembedahan Caesar, otot trampolin kita ni boleh menjadi lemah juga kerana menyokong kehamilan janin yang besar.
Bila otot trampolin kita lemah, pundi kencing boleh jatuh ke bawah, kebanyakan wanita susah mengawal air kencing dan akan terkencing apabila terdapat tekanan di atas pundi kencing dari atas, seperti bila melompat atau bila terbatuk. Ini lah dinamakan 'stress incontinence'.
Urutan 'sengkak naik' hanya membantu menaikkan rahim yang jatuh buat sementara waktu tetapi tidak menguatkan trampolin yang lemah. Lepas berdiri, rahim itu akan jatuh balik, sebab 'pelvic diaphragm' atau trampolin tu masih tidak boleh menyokong rahim dan faraj masih lagi longgar. Tarik naik, lepas tu jatuh balik juga. Maknanya, 'urutan sengkak naik' itu diibaratkan menarik seluar yang longgar ke atas, padahal jika seluar itu masih longgar, ia akan jatuh bawah semula juga.
Untuk menegangkan atau mengetatkan trampolin atau pelvic diaphragm kita, cara yang berkesan ialah senaman kegel atau pelvic floor exercises. Ini lah cara mengetatkan seluar yang longgar. Jika berat badan berlebihan kita juga perlu mengurangkan berat badan.
Cara membuat senaman kegel: Lihat gambar 6 dan 7.
1) Cari otot trampolin kita. Kemutkan atau ketatkan otot yang boleh menghentikan air kencing daripada keluar semasa anda membuang air kecil. Bila anda boleh buat ini, anda akan tahu sendiri macam mana nak kemutkan atau ketatkan otot ini pada masa anda tidak membuang air kecil.
2) Kemutkan seperti ini untuk 3 saat, lepaskan 3 saat, dan ulang 10 kali. Buat macam ni 3 kali sehari (pagi, tengahari, malam)
3) Bila dah cekap, panjangkan kemutan kepada 5 saat. Bila dah lagi tera, panjangkan lagi kemutan selama 10 saat. Ulang 10 kali. Buat 3 kali sehari, setiap hari untuk seumur hidup.
4) Boleh buat sambil duduk dalam kereta, boleh buat sambil berbaring, boleh buat dalam mesyuarat, boleh buat sambil memasak (ini lah multitasking yang paling tera sekali).
Kebanyakan wanita akan mula merasa ketat semula selepas 3-6 bulan, tetapi senaman kegel ini patut diteruskan seumur hidup (regular maintenance).
Wanita yang masih ada masalah tak boleh tahan kencing juga, boleh menjalankan procedur vaginal sling yang mengangkat naik otot pelvic diaphragm trampolin tu dan ditambatkan dengan sling. Jadi pembedahan kecil ini seperti sengkak naik juga, tapi ditambat ke atas supaya tak jatuh balik. Lihat gambar 8
Kesimpulannya:
Kita nak tarik naik dan ketatkan seluar yang longgar dengan mengurangkan berat badan dan membuat senaman kegel setiap hari seumur hidup. Urutan sengkak naik itu hanya setakat tarik naik seluar yang longgar sahaja. Mana lah berkesan macam tu. Sat lagi bila berdiri, jatuh laaaa balik.
Nak pantang kaaa...tak mau pantang kaaa...Kita tak boleh jadi pemalas, yang ini kena rajin selalu. Suami yang suka bini depa ketat-ketat akan suka cerita ni......
Prof Dr Imelda,
Pakar Maternal dan Fetal Medicine,
Pusat Perubatan Universiti Malaya,
Kuala Lumpur







No comments:

Post a Comment