Friday, February 23, 2018

Vitamin c, bagus ke makan?

Vitamin C merupakan satu antioksidan yang kuat dan telah digelar nutrisi ‘serba-boleh’. Ia mempunyai pelbagai fungsi di dalam tubuh manusia dan mungkin juga dapat membantu melindungi kerosakan sel daripada pencemaran alam sekitar, tekanan, asap dan tabiat pemakanan yang kurang baik.


Khasiat Kesihatan daripada Vitamin C:
Sistem Saraf dan Imun yang Sihat Vitamin C penting untuk keseluruhan kesihatan dan kesejahteraan kerana ia menyumbang kepada fungsi sistem saraf dan imun yang normal.

MenangkisTanda Penuaan
Vitamin C merupakan ko-faktor untuk proses sintesis kolagen. Kolagen membuatkan kulit lembut, anjal dan lasak serta melindunginya daripada berkedut.

Kesihatan kardiovaskular
Vitamin C membantu mengurangkan pengoksidaan di saluran darah, memberikan perlindungan daripada tekanan darah tinggi dan penyakit kardiovaskular.

Menyokong Penyerapan Zat Besi
Vitamin C meningkatkan penyerapan zat besi, mineral penting untuk pembentukan sel-sel darah merah dan hemoglobin normal

Vitamin C berkepekatan tinggi
Tubuh kita tidak boleh mengeluarkan Vitamin C dengan sendirinya dan bila ia hilang semasa melakukan aktiviti harian, ia perlu diganti semula secara berterusan,

Sustained Release Vita C PlusTM ternyata dapat memberikan perlindungan dalam masa yang panjang dengan melepaskan vitamin C jam demi jam kepada tubuh anda bagi memastikan bekalan vitamin C sentiasa mencukupi bila diperlukan oleh tubuh.


  • Memberikan 500mg vitamin C yang berasal daripada kanji jagung bagi membekalkan sumber vitamin C semulajadi. 
  • Sistem proprietari pelepasan-tertahan yang memberikan 100mg vitamin C semulajadi bagi setiap jam, yang bersamaan dengan memakan satu setengah biji oren setiap jam selama lima jam. 
  • Ditambah dengan 120mg bioflavonoids limau bagi menambah keberkesanan vitamin C


Faedah Kesihatan Asid Lemak Omega 3

Asid Docosahexaenoic dan asid eicosapentaenoic ialah asid omega-3 utama yang tubuh gunakan untuk proses-proses tubuh. Ia didokumenkan dengan baik yang kuantiti EPA dan DHA yang mencukupi di dalam diet dapat membantu:


Galakkan Jantung Sihat
• Menyokong peredaran darah yang sihat.
• Mengekalkan tahap normal, triglycerida yang sihat.1
• Mengekalkan fungsi kardiovaskular yang sihat.2

 Galakkan Kesihatan Mata dan Kognitif
• Perkembangan dan penyelenggaraan normal bagi otak, mata dan system.3
 • Perkembangan kognitif normal pada kanak-kanak.
• Menyokong pembangunan sel-sel otak bayi dan penglihatan.4

Mengurangkan peradangan:
• Mengurangkan keradangan sendi dan kesakitan.5
• Meningkatkan kelenturan sendi.

Bagaimana untuk memilih omega-3 terbaik? 
Menurut Persatuan Jantung Amerika, jenis ikan tertentu boleh mengandungi paras raksa tinggi, PCBs, dioksina , dan pencemar alam lain. Maka, ia amat penting memilih minyak ikan omega-3 yang melalui satu proses penapisan yang ketat, termasuk proses penyulingan molekul bagi menyingkirkan bahan-bahan cemar berpotensi dan meastikan ketulenan dan keselamatannya.

Ada satu pilihan omega 3 terbaik boleh kita pilih. klik sini



References: 1 Harris WS (1997). "n-3 fatty acids and serum lipoproteins: human studies". Am J Clin Nutr 65 (5 Sup.): 1645S–1654S. PMID 9129504. 2 Kwak SM, Myung SK, Lee YJ, Seo HG (2012-04-09). "Efficacy of Omega-3 Fatty Acid Supplements (Eicosapentaenoic Acid and Docosahexaenoic Acid) in the Secondary Prevention of Cardiovascular Disease: A Meta-analysis of Randomized, Double-blind, Placebo-Controlled Trials". Archives of Internal Medicine 172 (9): 686–94. doi:10.1001/archinternmed.2012.262. PMID 22493407. 3 Perica MM, Delas I (August 2011). "Essential fatty acids and psychiatric disorders". Nutrition in clinical practice : official publication of the American Society for Parenteral and Enteral Nutrition 26 (4): 409–25. doi:10.1177/0884533611411306. PMID 21775637. 4 Nutrition Research Program, Child and Family Research Institute, Department of Paediatrics, University of British Columbia (2008) ‘Dietary omega 3 fatty acids and the developing brain.’ Brain Res. 2008 Oct 27;1237:35-43. doi: 10.1016/j. brainres. Epub 2008 Sep 9. 5 Miles EA, Calder PC (June 2012). "Influence of marine n-3 polyunsaturated fatty acids on immune function and a systematic review of their effects on clinical outcomes in rheumatoid arthritis.". The British journal of nutrition. 107 Suppl 2: S171–84. doi:10.1017/S0007114512001560. PMID 22591891

ESP untuk remaja yang sihat

Semasa fasa remaja, mereka menjalani perkembangan fizikal, emosi, sosial dan fisiologi yang pesat. Apabila mereka mencapai akil baligh, badan mereka berubah. Ini juga adalah fasa dimana mereka sangat bertenaga dan aktif. 


Fungsi ESP ni untuk golongan remaja

Merangsang Tumbesaran dan Perkembangan Otot 

Kadar metabolisme kanak-kanak meningkat apabila mencapai fasa remaja. Oleh itu pengambilan protein dapat membantu perkembangan dan mengekalkan jisim otot (1) . 

Bersama-sama dengan gaya hidup aktif dan pengambilan protein soya yang mencukupi, ia dapat membantu menguatkan otot dan menyokong pembaikan serta pemulihan otot, pada masa yang sama, mengekalkan rasa kenyang dan memberikan tenaga lebih lama (2)

Protein soya adalah nutrien penting untuk memastikan remaja sentiasa bertenaga dan aktif, pada masa yang sama dapat menyokong proses pertumbuhan dan perkembangan mereka.


Menyokong Pertumbuhan Tulang yang lebih Kuat dan Sihat 
Isoflavon soya yang terdapat dalam protein soya membantu pertumbuhan tulang yang lebih kuat di samping menyokong proses metabolisme tulang (3). 

Soya mengandungi kalsium semulajadi yang diperlukan oleh tulang untuk tumbesaran yang sihat. Dalam satu hidangan ESP mengandungi 500mg kalsium yang boleh membantu kesihatan badan kita.


Menyokong Kitaran Haid Yang Sihat bagi Wanita 
Phytoestrogen atau estrogen tumbuh-tumbuhan yang biasanya ditemui secara semulajadi di dalam kebanyakan makanan kita, termasuk soya, membantu menyokong kitaran haid yang sihat dengan mengawal paras estrogen, mengawal paras hormon yang sihat serta mengurangkan simptom-simptom sindrom prahaid (PMS).(4)


Mempercepatkan Pembaikan dan Pembaharuan Sel 
Protein adalah salah satu nutrien asas tubuh yang membantu dalam proses pembaharuan sel dan penjanaan semula kerana ia membantu dalam memperbaiki tisu-tisu yang rosak. Ia juga menyokong penghasilan antibodi yang melawan jangkitan serta penghasilan kolagen yang diperlukan untuk mempercepatkan pemulihan luka.  

Menggalakkan penghasilan, pertumbuhan, dan perkembangan sel-sel kulit yang sihat.
Isoflavon, sebatian semula jadi yang terdapat dalam soya, dikaitkan dengan penampilan kulit yang lebih baik dengan mengikat reseptor estrogen di kulit.
Membantu meningkatkan keanjalan kulit dan meningkatkan penghasilan kolagen

Dr. Forrest C. Shaklee mencipta formula protein soya isolat pertama pada tahun 1961.



Boleh juga ke link ini untuk keterangan produk lebih terperinci. Klik sini


Thursday, February 22, 2018

Buat rumah tanpa hutang

hai u ol. tq wei datang blog aku. terharu aku. 

Hari ni Jalan jenguk rumah yg belum siap ni. Kami tengah buat rumah zero loan. Separuh jalan sudah selesai. Kami hanya perlukan lagi separuh lagi perjalanan.Tapi memang akan disiapkan secepatnya. Tergendala lama berikutan memang buat dengan cash terkumpul. Tak ada pinjaman setakat ni. Begitulah perit buat rumah.


Iman termenung, tunggu bila rumah dia nak siap. haha



Hari tu gi jalan di Terengganu. D Cottage homestay. Cantik design dia. Design Inggeris (gray + putih) dan gabung dengan melayu lama. Cantik. Rasa nak tiru sikit design. Kalau u ol nak ry berehat kat sini, tu ada nombor telefon, boleh la call call. jangan call aku pulak. Aku jual shaklee je. Haha





Hari hari duk tengok rumah jiran aku yang baru siap tu, cantik gila. Haha. terbako bakor aku ni ha.


Tapi, tak apalah, aku akan selalu bayangkan rumah aku ni rumah yang tak perlu bayar bulan bulan selama 20 tahun dah lepas dia siap. Seronoknya kalau dibayangkan. aku akan senyum dan gelak sorang-sorang bila fikir macam tu. haha


Aku bayangkan juga, cantik rumah yang aku buat dengan perit ni. Sebab memang macam-macam jadi waktu perjalanan rumah ni. Benda yg libatkan orang lain ni, biarlah ku simpan elok elok jadi kenangan indah 😜. Nak buat rumah kena prepare mental. Jangan ingat smooth sentiasa. (Padahal aku beringat dah, tapi kena jiga akhirnya. 🤭)


Ini semua guna duit cash dari shaklee. Dulu kami ada kereta besar. Sekarang kami sudah jual kereta itu.
Alhamdulillah, kami di Kota Bharu. Mudah. Kajang juga dekat dengan airport. Balik sejam saja sampai insha allah. So, tak perlu kereta besar. Duit bulanan bonus cash tu kita selesaikan rumah ni. Bukan tak boleh ada kereta. Memadai kami guna 1 kereta bertuah ni. Rumah ni mesti siap tahun depan. Kami dah tak sabar nak duduk. 


Dalam shaklee ada beberapa cash yang boleh dapat. Shaklee bukan jenis bisnes yang 'redeem barang'. Shaklee adalah bonus cash.

- Untung runcit cash
- Komisyen jualan pun cash
- Bonus kereta pun cash. Shaklee tak bagi kereta dan tak paksa kita beli kereta. Duit tunai dapat 100%.
- Bonus kepimpinan cash. 



Kami tak pandai nak bermewah mewah. Asal kami hanya orang kampung yang dahulunya 'makan nasi dengan budu semata-mata'. mana mahu hilang asal usul itu. Rumah ni berdiri betul-betul disisi rumah Umi. Rumah tempat aku membesar. Terlalu banyak nilai dari sini. Aku buat rumah tepi rumah umi. dekat, jenguk je dah nampak. Insha allah, tu impian dari dulu. Walau perit bina rumah tanpa loan ni. tapi aku yakin, mesti akan berjaya siap. Budak ni pun suka duduk sini. Dekat dengan masjid, boleh ke masjid setiap waktu.



aku dah tak larat lap air liur. haha


Aku buat dream board ni. supaya berkobar2 semangat sentiasa.



“Highly effective people , when you begin with the end in mind”
Jadi, bila buat rumah, start dia dengan apa jadi dengan rumah tu bila dah siap. Cantik kan?


Untuk bisnes, start dengan feel rasa kejayaan tu dh jadi milik kita.
Aku sambung berangan 😌😌 yang dah lepas tu lepaslah. Sekarang cari lagi duit. Nak siap rumah oii. Ada separuh jalan saja lagi.





Doakan ku

Bahagian depan aku nk buat design roof gini jr. Mudah simple.


syok berangan kan. hahaha



Wednesday, February 21, 2018

Kembara jepun 1

Bila tahu trip Shaklee adalah ke Jepun! Saya melompat! Yeahh! Negara idaman aku! Melompat2 nak pergi! Bila tahu akan ke Alpine route lagi tambah melompat lompat. Bila tengok itinerary lagilah sakan melompat. Percayalah, trip shaklee ianya tak akan sama dengan mana2 trip anjuran mana2 travel company. Ia tersendiri. Istimewa. Dan the best. Sebabnya anda kena cuba pergi sendiri baru tahu.. 


Best kan kalau orang belanja kita jalan-jalan? Keluar duit shopping ja. Bawak diri. Bawak orang tersayang. Itulah salah satu peluang dalam bisnes Shaklee. Extra dari yang kita dapat cash bulan-bulan. Alang-alang buat bisnes Shaklee, biarlah sampai Shaklee belanja pergi jalan-jalan oversea.


Kos trip seorang (1 tiket) tak kurang RM 20,000 seorang tau.
1. Shaklee tanggung dari pergi sampai balik
2. Shaklee tanggung makan minum HALAL
3. Hotel MEWAH
4. Boleh bawak orang yang tersayang sekali!
5. Ada aktiviti yang Shaklee rumit nak beri makan, Shaklee kasi DUIT untuk makan
6. Trip ni ialah EXTRA rewards dari yang kita dapat bulan2 iaitu CASH
7. Dapat jumpa ORANG HEBAT-HEBAT dan dengar kisah inspirasi dari mereka



Kali ni pergi berdua dengan Ikhwan. terujanya dia boleh ke luar negara. Ikut duit umi ni, tak bawak dah jalan-jalan mewah gaya ini Ikhwan oiii. haha

Kita ada 3 tempat transit. Vietnam, dan singapore. Lagi 1, aku lupa. haha
Kami transit di Singapore. Changi Airport. Cantik Airport Singapore. Mudah access. Sebab bawak budak dan terkejar fligth sebab transit 2 jam saja. Di situ ada kerusi roda. Smooth je tolak. mudah Ikhwan duduk atas tu, aku tolak. Perit juga la kaki nak mengejar ke tempat gate boarding tu. Laju laju lari. Nak ke toilet pun tahan dulu, risau tertinggal team .

kita dapat baucer di airport. 40 singapore dollar. aku ingat macam RM20, tapi, bila aku masuk kedai dia, brg brg biasa dalam 3 singapore dollar je. haha. tu beli mainan baru 10 singapore dollar. mainan besi. kualiti tu. Pastu ada balance, kami beli makanan. 



kemudian terbang lagi dalam 6 jam menuju ke Nagoya Airport. Ikhwan tidur sepanjang perjalanan. Suruh makan pun dah macam hapo. lena betul tidur. Mak dia pulak terkebli-kebil tak boleh tido. Ikhwan dapat headphone cantik tu, dan mainan. jeles plak tgk. haha



Selepas 6-7jam di udara, akhirnya kami sampai di airport. Lega sebab aku jenis gayat atas flight. nak pejam mata punyalah payah. Ingat lagi masa gi Orlando dulu, 17jam di udara, aku tido sejam je. hahaaha.

Sebelum landing tu, ku dah tukar simkad siap siap. Beli simkad ni di malaysia saja. Ada ejen dia. Kami follow group fb Road to Japan tu. Situ ada yg jual simkad. Dah tukar, best la. Boleh wasap semua orang, boleh hantar gambar. Dan sebelum landing kena isi borang kemasukan kepil sekali dgn passport. Isi la tempat tinggal nanti di mana. Itu untuk rujukan mereka. Pergi mana mana negara pun sama. Kena isi.

So, kami jalan la ke imigresen dia. Imigresen di Jepun senang saja. Tak macam di us florida, yg renyah gila. penat tunggu lama oii kat sana. Japan ni sekejap saja. 



Alhamdulillah selamat jejak tanah Jepun 😍 Pagi ni Shaklee belanja Box Breakfast - makan Onigiri (rice ball / nasi kepal), pisang, dan green tea tanpa gula. Dapat minum seteguk ja 


Tak leh telan teh tu. Haha



Susunan beg bakal sampai hotel dulu. Tuan puan empunya beg pergi exercise kaki di Toki Premium Outlet dulu. 

so, next post saya cerita apa di toki outlet pulak. Stay here ya...



Monday, February 12, 2018

Vitamin C Shaklee


Hari ni saya nak cerita pasal kesan vitamin c untuk orang muda. Power sangat kalau body masih muda ni. Sebab kesan dia sangat la cepat dan best.

Ini orang muda dalam team kami. Kesan orang muda sangat cepat. Makan vitamin c je terus jadi lawo. Umur 23 baru ni. Baru habis belajar degree ukm. Dia guna shaklee dari waktu dia belajar lagi. Kesan dia sangat wahhh. Ritu saya jumpa Yatt Ibrahim ni. Memang mulus kulit dia. 


Ada beza kan?

Waktu jumpa Yatt di KL

yesss. Vitamin C nilah yatt makan


Ini pulak nama dia Iqah Lawa.  Kulit sangat bersihlah saya kira. Dia kata kesan makan vitamin cshaklee. 




Kenapa kita perlu amal VItamin C?
  • Vitamin c membantu dalam penghasilan kolagen dengan lebih baik. 
  • Kulit lebih anjal dan tegang
  • Mencerahkan kulit
  • Menyekat pembentukan pigmen jeragat
  • Kulit jadi lebih bersinar gebu
  • Sebagai ketahanan badan (antibodi)


Kenapa kena pilih vitamin c Shaklee?

Vitamin c shaklee ni dari ekstrak jagung . Kenapa dr jagung? Bukan dr buah limau ke? Sebab jagung tinggi asid ascorbiknya.
Jagung ni dipilih kerana Shaklee nak menghasilkan Vitamin C yang TERBAIK kerana sumber vitamin dalam jagung ni tak akan hilang atau berkurangan walaupun dimasak, direbus, dibakar berbanding vitamindidalam buah-buahan lain.

Sebab tulah jagung dipilih, kerana ketahanan sumber vitamin yang ada padanya berbanding sumber vitamin dalam buah-buahan yang lain yang cepat rosak atau hilang atau pun berkurangan.

Sumber vitamin C kebiasaanya banyak terdapat pada buah-buahan citrus yang mana tinggi dengan kandungan asid, dan jika diambil secara berlebihan, memberikan possibility kepada seseorang untuk mendapat cirit-birit ye. Saintis Shaklee dah reka dari awal lagi supaya sakit perut, cirit-birit dan gastrik dapat dielakkan dengan menggunakan ekstrak jagung instead of buah-buahan citrus berbanding dengan kebanyakan Vitamin C dipasaran yang lain.


Vitamin c, penting sangat. Dia antioksidan dan bagus untuk imuniti. Bukan hanya utk demam dan utk bagi selera makan saja. Tapi untuk pembentukan kolagen dibawah kulit kita. Sebab, setiap hari, kulit dan sel lain kita menua dan mati. Dan kolagen dalam kulit biasanya makin merosot selepas umur 20 tahun. Kalau kita dah tak jaga kulit dengan krim sinar uv, better jagalah dari makanan kita.

Amalkan vitamin c.





Vitamin C shaklee ni dari tahun 1981 lagi ada dalam pasaran. dah 37 tahun dah ni. Brand kuat.


Ingredient Vitamin C shaklee ni semuanya organik. Ni semua boleh tengok di web http://www.shaklee.com.my Ada semua ingredient dan info distu. 



Penyelidikan tentang keperluan vitamin c
Vitamin C shaklee ni dah keluar dari tahun 1981. Sudah 37 tahun di pasaran dan memang menjadi hot item. Tumpuan oleh semua lapisan. Dewasa, remaja, ibu ibu, dan wanita bekerjaya, juga warga emas. 

Shaklee sendiri menjalankan penyelidikan berkala tentang vitamin C. Setiap poster yang shaklee keluarkan, akan ada rujukan penyelidikan. Memang Vitamin C diperlukan oleh badan kita. 


Penyelidikan Vitamin c ni ada dalam link ni http://www.healthresource.shaklee.com. Boleh jumpa kenapa Shaklee tambah Bioflavonoids dalam vitamin C




Siapa Dah Guna Vitamin C SHAKLEE? Sebahagian saja ni. Ramai lagi yang guna. Nati saya update artis gun shaklee =)





tq babai
Master Coordinator Shaklee
Nini Nisrin Muhammad
014-5068306

pemakanan ibu hamil

Tahniah atas kehamilan yang baru. nanti akan ada baby comel akan lahir dari rahim kita. Best kan!!!
Bayi lelaki kah? Atau perempuan kah? Semoga mereka sihat.

Kita pernah dengar kan, nutrisi waktu mengandung boleh membantu mengurangkan komplikasi yg kita sedang alami waktu kita mengandung 9 bulan 10 hari tu? Ramai ibu mengandung punyai masalah ini.

Apa perlu kita buat? Penat juga bila masalah begini tak selesai hampir setahun lamanya.

Jom, Alami perjalanan keibuan yang lebih menakjubkan dengan kisah nutrrisi yang betul.


“ Mengapa saya mengalami kekejangan kaki semasa hamil?”

Kekejangan kaki kerap berlaku semasa kehamilan, sering kali pada waktu malam semasa
trimester ke2 dan ke3. Ia biasanya berlaku pada betis, kaki atau kedua-duanya.

TIPS:
  • Tinggikan/ Angkatkan kaki
  • Pakai stokin sokongan
  • Regangkan otot betis kita
  • Kekalkan minum air dengan cukup
  • Ambil suppliment kalsium


“ Mengapa kaki saya bengkak? “
Rahim yang membesar menyebabkan tekanan pada urat pelvik dan vena cava, dan cecair
akan terkumpul di bawah lutut anda.

TIPS:
  • Elakkan berdiri terlalu lama
  • regangkan kaki dengan lebih kerap
  • Tinggikan/ Angkatkan kaki
  • Pakai stoking sokongan
  • Minum air yang cukup
  • Amalkan nutrien seperti Protein dan VItamin C

“ Mengapa saya mengalami mabuk hamil?”
Rasa loya dan muntah yang berlaku kepada 3 suku wanita yang hamil (ringan hingga serius)
terutamanya pada trimester yang pertama.

TIPS:
  • Makan secara ringan dan kerap
  • Elakkan makanan berlemak, pedas dan goreng.
  • Dapatkan rehat yang cukup.
  • Kekalkan minum air dengan cukup
  • Ambik suppliment sewaktu mengandung

“Saya sentiasa kelihatan pucat dan mudah rasa letih . “
Sel darah merah dalam badan anda mengandungi hemoglobin yang membawa oksigen ke
seluruh badan anda. Jika tahap hemoglobin anda rendah, anda boleh mengalami anemia
dan kurang bertenaga.

TIPS:
  • Makan makanan yang kaya zat besi
  • Elakkan minum minuman berkafein semasa makan
  • Pastikan memperoleh nutrien protein yang cukup
  • Gunakan suppliment Zat besi, vitamin C dan vitamin B

Apa yang diperlukan oleh ibu mengandung?

Asid Lemak Omega 3 (yang mengandungi EPA & DHA)
- Untuk mengurangkan risiko kelahiran pramatang.
Untuk menggalakan tempoh kehamilan yang cukup.
Menyokong perkembangan otak, mata dan sistem saraf janin.
kurangkan risiko bayi mengalami alahan.


Asid Folik
- Diperlukan untuk pembentukan tiub neural bayi, yg kemudiannya membentuk tulang belakang dan otak.
- Kekurangan asid folik boleh menyebabkan kecacatan tiub neural. (berlaku antara 15-28 hari selepas persenyawaan)
- Kurnagkan risiko sumbingbibir dan lelangit.


Protein
Menyokong pertumbuhan dan perkembangan bayi dalam rahim.


Zat Besi
- Membantu menghasilkan sel darah merah untuk menyokong keperluan oksigen kita dan bayi (perlukan 30% - 50% lebih byk darah)
Kurangkan risiko anemia
Kurangkan risiko kelahiran pramatang dan berat bayi yang rendah.


Vitamin C
- Tingkatkan penyerapan zat besi dan asid folik.
- Pembentukan tisu  penghubung, pertumbuhan otot dan tulang.

Kalsium
- kalsium diperlukan untuk menghasilkan tulang, gigi yang kuat. serta perkembangan jantung, saraf dan otot yg sohat untuk bayi.
- Membantu penguncupan otot
- Melindungi kepadatan tulang kita kerana kekuarangan kalsium boleh mengakibatkan osteoporosis.


Wednesday, February 7, 2018

Collagen Shaklee

Apakah dia COLLAGEN?
Kolagen adalah protein yang paling banyak di dalam tubuh manusia. Malah, ia menyumbang kepada kira-kira 75% berat badan dalam kulit kita. Tahap kolagen yang sihat memberi anda tubuh yang kelihatan sihat dan muda.

Kolagen terdapat dalam kulit, tulang, otot, saluran darah, sistem pencernaan dan tendon. Ia bertindak seperti "gam" yang mengikat komponen lain dalam badan kita untuk bersama mengekalkan kekuatan badan termasuk kekuatan dan keanjalan kulit.

Setiap kali peningkatan umur kita, kolagen dalam badan kita akan semakin turun beransur-ansur.

Kesan kehilangan Kolagen
Penurunan kolagen membawa kepada pembentukan kerutan dan berlakunya tanda-tanda penuaan yang lain, seperti:
• Kulit kering, kendor dan berkedut
• Kuku lemah dan rapuh
• Rambut nipis dan tidak bermaya

Collagen membentuk 90% daripada kandungan protein matriks tulang dan dua pertiga
kartilago artikular dewasa. Oleh itu, kehilangan kolagen juga memberi kesan kepada kesihatan
tulang dan sendi anda.
.
• Tulang lemah
• Sendi kaku

Kehilangan secara semula jadi ini boleh diperbaiki melalui pengambilan suplemen dan juga pengambilan makanan kolagen secara teratur untuk menggantikan kehilangan kolagen dan menyuburkan kulit.

Faedah-faedah suplemen kolagen
  • Kulit akan semula jadi lebih sihat walau umur meningkat.
  • Kemerosotan garis-garis halus dan kedutan, 
  • kuku jadi lebih kuat dan keadaan rambut yang lebih baik.


Berasaskan fakta Rujukan dari kajian Proksh E. Seggaer D. Degwerd.J, Schunk M. Zague V, Oesser S. Oral supplimentation of specific Collagen Peptides Has Beneficial Effects on Human Skin Physiology: A double-Blind, Placebo-Controlled study skin Pharmacol physiol, 2014;27: 47-55Collagen berfungsi untuk:
  • Meningkatkan keanjalan kulit untuk kulit yang lebih kukuh dan lembut.
  • mengekalkan kelembapan kulit dan mengurangkan kedutan.
  • Memberikan struktur kepada kulit, 
  • Memegang semua tisu penghubung.
Shaklee Collagen Powder

Collagen shaklee ni adalah kolagen yang terdiri daripada 4,000 mg proprietari RSS
(Skala Red Snapper)

Ia adalah kolagen berkualiti tinggi yang diekstrak dari Ikan Merah
Kolagen Shaklee yang mempunyai molekul yg sangat rendah, kira-kira 1,000 Dalton *

Sangat mudah diserap oleh badan dan membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Ingredient:
  • Camellia japonica seed extract
  • Pfaffia extract
  • Fish collagen
  • Shellfish extract
  • Lactobacillus acidophilus
  • vitamin C
  • Vitamin B's, 

Eksrak biji benih Camelia Japonica
Mengandungi Asid Oleik, iaitu sejenis emolien kulit dan pelembap yang unggul, dan bahan antioksida semulajadi isoflavon yang dapat membantu mengurangkan radikal bebas.

Ekstrak Pfaffia
Pfaffia digelar sebagai Ginseng Brazil yang bila digabungkan dengan ekstrak biji benih Camellia Japonica dapat menyokong pembentukan kolagen dan asid hialuronik.
Dengan kemampuannya untuk mengikat jumlah air yang besar, asid hialuronik memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu badan dan membuatkan kulit lembut, lembap dan rata.

Tuesday, February 6, 2018

youth shaklee



Antara Leader Bijaksihat yang bersama YOUTH. Hebat!!!
Sebulan yang lepas, sebelum shaklee membuka set skin care YOUTH ni pada jualan, sudah ada yang dah guna YOUTH ni untuk tempoh masa sebulan. Memang menakjubkan sangat kesan dia.

YOUTH bukan saja untuk meningkatkan kesihatan kulit kita secara dramatik, tapi juga 100% dijamin boleh ubah usia kulit kita. Kulit akan jadi lebih sihat dan muda. Betul betul menakjubkan.

YOUTH ni dibangunkan secara klinikal oleh pakar-pakar kulit bertaraf antarabangsa, dan ada indeks usia kulit berfakta untuk membuktikan kesan YOUTH kepada kulit kita.







KEPUTUSAN KLINIKAL TANPA KOMPROMI



YOUTH menawarkan produk yang dicipta secara harmoni dengan alam semulajadi. Dibuktikan secara klinikal.

100% wanita telah mendapat kulit sedekat lebih muda dengan YOUTH dalam penggunaan 7 hari secara berterusan.

Indeks Usia Kulit yang mengukur kehadiran tanda-tanda utama penuaan dengan data berasaskan fakta.
  • Kedutan kulit
  • saiz pori
  • Tona kulit
  • Keanjalan
  • Tekstur kulit
  • Hiperpigmentasi
  • Seri kulit
  • Kekenduran
Ternyata 2/3 wanita telah mengubah usia kulit mereka kepada sedekat lebih muda. Bermakna, keadaan masalah diatas itu teratasi dengan YOUTH.





100% VEGAN. BERASASKAN TUMBUHAN
Kesemua produk ini direka dan dihasilkan tanpa bahan kimia yang merbahaya dan tiada bahan-bahan yg mungkin dipersoalkan. Produk ini telah diuji dengan 350 bahan pencemar, racun perosak dan bendasing pada setiap bahan botanikal baru sebanyak 3x ganda berbanding dengan kebiasaannya.

KUASA BOTANIKAL (Tumbuhan yang ada dalam produk YOUTH):


Muscadine Grape
  • Polifenol yg ada dalam Muscadine Grape mampu melindungi dan memperbaiki DNA sel dalam amsa yang sama menghalang kerosakan kolagen dan elastin.
    Lotus Japonicus
    • Tumbuhan ini mengaktifkan protein Youth yang penting untuk penjanaan semula sel bagi menghasilkan lebih kolagen, elastin dan fibrilin. Tumbuhan ni akan membekalna lebih banyak nutrien dan tenaga pada kulit kita secara berstruktur.
    Apple stem cell extract
    • kajian menunjukkan App;e stem cell extract ni, boleh mengaktifkan dan mempercepatkan pembaharuan sel kulit untuk kulit kelihatan lebih muda. Dan ia juga mengekalkan serta memperbaiki tisu kulit supaya kulit kita kelihatan lebih berseri dan lembut lebih lama.
    Schisandra Chinesesis Fruit Extract
    • Herba ni digunakan secara tradisional di negara China, Jepun dan Korea untuk melegakan dan menenangkan keradangan dan kegatalan kulit. Ia sesuai untuk semua jenis kulit. Tumbuhan ni menyokong struktur kulit muda dengan menyuburkan kulit dengan vitamin semulajadi dan antioksidan.
    Vital Repair Complex
    • Memberikan nutrien antioksida dan vitamin-vitamin penting untuk menghalang radikal bebas yang merosakkan kulit dan menggalakkan tumbesaran sel sihat.





    SEBAHAGIAN DARI 1500 bahan terlarang yang TIADA dalam YOUTH







    1. YOUTH ACTIVATING SERUM
    (YOUTH PALING HOT)




    • Wanita pada umur 25 tahun keatas biasanya sudah makin kurang kolagen dan elastin di bawah kulit. 
    • Jaringan jaringan dibawah kulit mula koyak akibat sinar uv dan kerosakan sel dalam kulit. 
    • Maka, SERUM ni sangat diperlukan untuk percepatkan pembentukan sel kulit baru.



    KELEBIHAN:
    • Bahan yang ada dalam SERUM YOUTH adalah bahan botanikal semulajadi, iaitu YOUTH Complex dengan Apple cell, Lotus Japonicus , dan Vitamin A berkapsul. Juga ada polifenol.
    • Mengandungi 10x ganda kepekatan YOUTH Complex untuk mempercepatkan pembaharuan sel kulit.
    • Menggalakkan penghasilan kolagen dan pembaharuan pada peringkat sel, membuatkan kulit kita akan jadi lebih muda dan sihat.


    2. LUMINOUS GEL OIL CLEANSER






    • Bahan yang ada dalam GELI OIN CLEASER adalah bahan semulajadi iaitu Vital Repair, Muscadine Grape Extract, Ekstrak Alga Hijau.
    • 3 in 1 , dan tidak mengandungi sabun.
    • PH nya seimbang
    • Pembersih muka ini menggabungkan campuran vitamin yang dipatenkan dan juga polfenol serta alga untuk memperhalus dan melembut, menyuci dan menyediakan kulit kita penuh seri semulajadi.
    • Sangat sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif, sebab ia tak mengandungi sabun.



    3. PERFECTING SKIN TONER





    • Bahan dalam TONER berbentuk tumbuhan semulajadi iaitu Vital Repair, Muscadine Grape Extract, Ekstrak Alga Hijau.
    • Toner ni amat bagus untuk membebaskan kulit kita dari sel-sel kusam dan ejen pencemar sekeliling kita.
    • Toner ni bantu mencerah kulit dari daki-daki yang ada menempel diwajah tanpa kita sedar.
    • Ia akan membersihkan sel kulit mati, menghidratkan dan membekalkan nutrisi bersama dengan campuran vitamin penting, polifenol , dan bahan bahan botanikal yang berpaten untuk kulit lebih berseri.


    4. AGE DEFENSE MOISTURIZER - SPF 50



    • Bahan utama yang ada dalam SPF 50 ni adalah SPF 50, Vital Repair, Muscadine Grape Extract.
    • Ini super perlindungan untuk kulit dari sinaran matahari. 
    • Cuaca di Malaysia panas dan kering. Kadangkala hujan =). 
    • Jadi kita memerlukan SPF ni untuk lindungi dari sinar UV yang boleh menembus kulit penyebab kanser. 
    • SPF bukan hanya dieprlukan untuk kulit jadi tak gelap semata-mata tetapi juga untuk protect sinar uv yang sangat bahaya untuk jangka masa panjang. 
    • SPF 50 ini dilengkapi moisturizer untk melembap kulit dan menjaga dari terhidrasi sinar uv.


    5. ADVANCE RENEWAL NIGHT CREAM-LIGHT





    • Bahan yang ada dalam NIGHT KRIM adalah Vital Repair Complex, Schisandra Chinensis, Lotus Japonicus
    • Sewaktu malam, kita akan berehat. Begitu juga kulit boleh rileks sementara tunggu kita kembali aktif membawa kulit ke merat- rata.
    • Malamnya, gunakan krim malam untuk menggalakkan proses pembaharuan sel kulit sewaktu kita tidur.
    • Campuran tumbuhan itu, membantuk merangsang penghasilan kolagen dan elastin, membuat kulit lebih lembut, muda, licin dan cerah.




    6. RADIANCE C=E





    • Bahan yang ada dalam RADIANCE C+E ialah 20% vitamin c tulen, Vitamin E, Raaspberi. Ada 60 biji.
    • Dalam biji-biji emas ni, adanya 20% vitamin C tulen berkepekatan tinggi yang berpaten dan juga vitamin E serta ekstark rasberi untuk membantu menegang, mencerah dan mengurangkan kehadiran garisan halus dan kedutan.
    • Radiance C+E ni boleh mengurangkan kehadiran tompok usia, melicinkan tekstur kulit, dan membaiki tona kulit secara keseluruhan.
    • Tiada bahan pengawet.


    TESTIMONI malaysia (selepas 9 - 25 hari guna shaklee youth) :














    tengok di dagu. Selepas 24 hari, jerawat dan parut clear. dah tak ada!!!! (lighting fail sikit, sebab yg studio tu cerah sgt) tapi, dagu itu ada perubahan sangat ketara.





    TESTIMONI LUAR NEGARA:











    Nini Muhammad

    Tak rugi mencuba skin care 100% dijamin organik


    kami dari Bijaksihat ejen seluruh negara
    Syafa Kuantan 014- 840 8193
    Hafiz dan Juniza Kodiang kedah 017-752 3084
    Noriah Perlis 019- 303 9690
    Farah Kota bharu 014-5009 665
    Fatariah Kota Bharu 019-495 1392
    Zaimah Kuantan 019- 411 4382
    Haslin Penang 019- 419 5001
    Nabighah Jelebu 013 702 9475
    Mardhiah Shah Alam 013- 643 0203
    Jannah Bangi - 019 364 3376