Wednesday, February 21, 2018

Kembara jepun 1

Bila tahu trip Shaklee adalah ke Jepun! Saya melompat! Yeahh! Negara idaman aku! Melompat2 nak pergi! Bila tahu akan ke Alpine route lagi tambah melompat lompat. Bila tengok itinerary lagilah sakan melompat. Percayalah, trip shaklee ianya tak akan sama dengan mana2 trip anjuran mana2 travel company. Ia tersendiri. Istimewa. Dan the best. Sebabnya anda kena cuba pergi sendiri baru tahu.. 


Best kan kalau orang belanja kita jalan-jalan? Keluar duit shopping ja. Bawak diri. Bawak orang tersayang. Itulah salah satu peluang dalam bisnes Shaklee. Extra dari yang kita dapat cash bulan-bulan. Alang-alang buat bisnes Shaklee, biarlah sampai Shaklee belanja pergi jalan-jalan oversea.


Kos trip seorang (1 tiket) tak kurang RM 20,000 seorang tau.
1. Shaklee tanggung dari pergi sampai balik
2. Shaklee tanggung makan minum HALAL
3. Hotel MEWAH
4. Boleh bawak orang yang tersayang sekali!
5. Ada aktiviti yang Shaklee rumit nak beri makan, Shaklee kasi DUIT untuk makan
6. Trip ni ialah EXTRA rewards dari yang kita dapat bulan2 iaitu CASH
7. Dapat jumpa ORANG HEBAT-HEBAT dan dengar kisah inspirasi dari mereka



Kali ni pergi berdua dengan Ikhwan. terujanya dia boleh ke luar negara. Ikut duit umi ni, tak bawak dah jalan-jalan mewah gaya ini Ikhwan oiii. haha

Kita ada 3 tempat transit. Vietnam, dan singapore. Lagi 1, aku lupa. haha
Kami transit di Singapore. Changi Airport. Cantik Airport Singapore. Mudah access. Sebab bawak budak dan terkejar fligth sebab transit 2 jam saja. Di situ ada kerusi roda. Smooth je tolak. mudah Ikhwan duduk atas tu, aku tolak. Perit juga la kaki nak mengejar ke tempat gate boarding tu. Laju laju lari. Nak ke toilet pun tahan dulu, risau tertinggal team .

kita dapat baucer di airport. 40 singapore dollar. aku ingat macam RM20, tapi, bila aku masuk kedai dia, brg brg biasa dalam 3 singapore dollar je. haha. tu beli mainan baru 10 singapore dollar. mainan besi. kualiti tu. Pastu ada balance, kami beli makanan. 



kemudian terbang lagi dalam 6 jam menuju ke Nagoya Airport. Ikhwan tidur sepanjang perjalanan. Suruh makan pun dah macam hapo. lena betul tidur. Mak dia pulak terkebli-kebil tak boleh tido. Ikhwan dapat headphone cantik tu, dan mainan. jeles plak tgk. haha



Selepas 6-7jam di udara, akhirnya kami sampai di airport. Lega sebab aku jenis gayat atas flight. nak pejam mata punyalah payah. Ingat lagi masa gi Orlando dulu, 17jam di udara, aku tido sejam je. hahaaha.

Sebelum landing tu, ku dah tukar simkad siap siap. Beli simkad ni di malaysia saja. Ada ejen dia. Kami follow group fb Road to Japan tu. Situ ada yg jual simkad. Dah tukar, best la. Boleh wasap semua orang, boleh hantar gambar. Dan sebelum landing kena isi borang kemasukan kepil sekali dgn passport. Isi la tempat tinggal nanti di mana. Itu untuk rujukan mereka. Pergi mana mana negara pun sama. Kena isi.

So, kami jalan la ke imigresen dia. Imigresen di Jepun senang saja. Tak macam di us florida, yg renyah gila. penat tunggu lama oii kat sana. Japan ni sekejap saja. 



Alhamdulillah selamat jejak tanah Jepun 😍 Pagi ni Shaklee belanja Box Breakfast - makan Onigiri (rice ball / nasi kepal), pisang, dan green tea tanpa gula. Dapat minum seteguk ja 


Tak leh telan teh tu. Haha



Susunan beg bakal sampai hotel dulu. Tuan puan empunya beg pergi exercise kaki di Toki Premium Outlet dulu. 

so, next post saya cerita apa di toki outlet pulak. Stay here ya...



No comments:

Post a Comment