Monday, February 12, 2018

pemakanan ibu hamil

Tahniah atas kehamilan yang baru. nanti akan ada baby comel akan lahir dari rahim kita. Best kan!!!
Bayi lelaki kah? Atau perempuan kah? Semoga mereka sihat.

Kita pernah dengar kan, nutrisi waktu mengandung boleh membantu mengurangkan komplikasi yg kita sedang alami waktu kita mengandung 9 bulan 10 hari tu? Ramai ibu mengandung punyai masalah ini.

Apa perlu kita buat? Penat juga bila masalah begini tak selesai hampir setahun lamanya.

Jom, Alami perjalanan keibuan yang lebih menakjubkan dengan kisah nutrrisi yang betul.


“ Mengapa saya mengalami kekejangan kaki semasa hamil?”

Kekejangan kaki kerap berlaku semasa kehamilan, sering kali pada waktu malam semasa
trimester ke2 dan ke3. Ia biasanya berlaku pada betis, kaki atau kedua-duanya.

TIPS:
  • Tinggikan/ Angkatkan kaki
  • Pakai stokin sokongan
  • Regangkan otot betis kita
  • Kekalkan minum air dengan cukup
  • Ambil suppliment kalsium


“ Mengapa kaki saya bengkak? “
Rahim yang membesar menyebabkan tekanan pada urat pelvik dan vena cava, dan cecair
akan terkumpul di bawah lutut anda.

TIPS:
  • Elakkan berdiri terlalu lama
  • regangkan kaki dengan lebih kerap
  • Tinggikan/ Angkatkan kaki
  • Pakai stoking sokongan
  • Minum air yang cukup
  • Amalkan nutrien seperti Protein dan VItamin C

“ Mengapa saya mengalami mabuk hamil?”
Rasa loya dan muntah yang berlaku kepada 3 suku wanita yang hamil (ringan hingga serius)
terutamanya pada trimester yang pertama.

TIPS:
  • Makan secara ringan dan kerap
  • Elakkan makanan berlemak, pedas dan goreng.
  • Dapatkan rehat yang cukup.
  • Kekalkan minum air dengan cukup
  • Ambik suppliment sewaktu mengandung

“Saya sentiasa kelihatan pucat dan mudah rasa letih . “
Sel darah merah dalam badan anda mengandungi hemoglobin yang membawa oksigen ke
seluruh badan anda. Jika tahap hemoglobin anda rendah, anda boleh mengalami anemia
dan kurang bertenaga.

TIPS:
  • Makan makanan yang kaya zat besi
  • Elakkan minum minuman berkafein semasa makan
  • Pastikan memperoleh nutrien protein yang cukup
  • Gunakan suppliment Zat besi, vitamin C dan vitamin B

Apa yang diperlukan oleh ibu mengandung?

Asid Lemak Omega 3 (yang mengandungi EPA & DHA)
- Untuk mengurangkan risiko kelahiran pramatang.
Untuk menggalakan tempoh kehamilan yang cukup.
Menyokong perkembangan otak, mata dan sistem saraf janin.
kurangkan risiko bayi mengalami alahan.


Asid Folik
- Diperlukan untuk pembentukan tiub neural bayi, yg kemudiannya membentuk tulang belakang dan otak.
- Kekurangan asid folik boleh menyebabkan kecacatan tiub neural. (berlaku antara 15-28 hari selepas persenyawaan)
- Kurnagkan risiko sumbingbibir dan lelangit.


Protein
Menyokong pertumbuhan dan perkembangan bayi dalam rahim.


Zat Besi
- Membantu menghasilkan sel darah merah untuk menyokong keperluan oksigen kita dan bayi (perlukan 30% - 50% lebih byk darah)
Kurangkan risiko anemia
Kurangkan risiko kelahiran pramatang dan berat bayi yang rendah.


Vitamin C
- Tingkatkan penyerapan zat besi dan asid folik.
- Pembentukan tisu  penghubung, pertumbuhan otot dan tulang.

Kalsium
- kalsium diperlukan untuk menghasilkan tulang, gigi yang kuat. serta perkembangan jantung, saraf dan otot yg sohat untuk bayi.
- Membantu penguncupan otot
- Melindungi kepadatan tulang kita kerana kekuarangan kalsium boleh mengakibatkan osteoporosis.


No comments:

Post a Comment